Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote)
mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada
Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.
Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung
di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.
Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.
Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.
Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.
Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.
Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian,
yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.
Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi
ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di
kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.
The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit 'remote sensing' untuk pemantauan sumber asli./~malaysiakini
No comments:
Post a Comment
ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG