.

Saturday, 15 March 2014

PM tidak sahkan MH370 dirampas

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini.

Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi.

Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi.

Pada sidang media itu, Najib yang membaca teks tanpa menerima sebarang soalan media, berkata Malaysia akan terus meningkatkan usaha mencari dan berharap maklumat baru yang diperolehi akan membawa kepada satu langkah mendekati penemuan pesawat itu.

Najib berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu tempatan Sabtu lalu (hari kehilangan pesawat) di Selat Melaka.

Katanya, penyiasatan menunjukkan pergerakan penumpang kapal terbang itu dan hubungan telekomunikasi dibuat dengan sengaja namun beliau menolak ia satu rampasan. – 15 Mac, 2014./~TMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist