Pada
malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah
"berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit
Inmarsat.
Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di
kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.
Jurucakap
Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat
dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri,
laporan China Daily.
"Kami
menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka
menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita
tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan
daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.
"Kami
tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada
mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu
set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.
Sementara
itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China
telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di
Lautan Hindi.
Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.
Manakala
Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.
Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.
Bagaimanapun
beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara,
sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan
Kementerian Pengangkutan.
Mengenai
pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap
lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang
melibatkan Kementerian Pertahanan.
Katanya,
ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi
tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat
komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet
pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil.
- sumber