KUALA LUMPUR: Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul
pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang
memperbodohkan diri sendiri, tulis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di
dalam facebook.
Bekas Mufti Perlis itu menambah, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam.
"Mereka
mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah
bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam," jelasnya.
Menulis sebelum itu, beliau menyatakan kehilangan MH370 telah membingungkan para pencari dan pengkaji.
Tambahnya, teknologi yang dimiliki oleh manusia sehingga setakat ini masih gagal memberi jawapan.
“Ini
semua mengingatikan kita bahawa logik yang dimiliki oleh manusia belum
tentu dalam menjawab semua perkara tentang alam ini.
“Akhirnya
kita akur bahawa Tuhan dengan segala rahsia alam-Nya menguasai
segalanya. Pada-Nya jua apa yang kita tahu dan kita tidak tahu,”
tulisnya lagi./~harakahdaily
No comments:
Post a Comment
ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG