Lima individu meninggal dunia manakala empat lagi dalam keadaan kritikal
kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri satu
konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi, lapor Star Online.
Sembilan orang dilaporkan didakwa mengambil methamphetamine dan pengsan
di tempat konsert Future Music Festival Asia 2014 berlangsung.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata
hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam ini, telah
dibatalkan.
Konsert tiga hari itu dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis.
Laporan itu berkata seorang mati di tempat itu manakala seorang lagi mati ketika dikejarkan ke hospital.
Tiga yang lain mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Semuanya adalah rakyat
Malaysia yang berumur antara 21 dan 28 tahun.
Mohmad dipetik sebagai berkata, semuanya didapati positif dadah dan
kematian itu telah diklasifikasikan sebagai sebagai mengambil dadah
berlebihan./~malaysiakini
No comments:
Post a Comment
ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG