.

Monday 10 March 2014

DCA: Pembawa pasport curi 'seperti Balotelli'

Kewarganegaraan sebenar dua pembawa pasport curi dalam pesawat MH370 kini menjadi persoalan ekoran dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa mereka “berciri Asia”.

Ini ekoran kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebentar tadi bahawa kedua-dua individu itu tidak kelihatan seperti orang Asia.

“Kamu tahu pemain bola (bernama) Balotelli (kanan)?

“Dia orang Itali, tapi kamu tahu wajahnya macam mana,” katanya ketika diasak menggambarkan rupanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Mario Balotelli seorang pemain bola sepak profesional Itali untuk pasukan popular AC Milan.

Diasak lagi sama ada kedua-dua mereka berkulit hitam, Azharuddin menjawab: “Ya”./~malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist