Oleh: Shahbudin husin
Oleh kerana marah disebabkan Khairy Jamaluddin menyarankan agar beliau
ditangkap berikutan memalukan negara dengan dua kejadian ritual pelik
dan bertentangan dengan Islam di KLIA untuk memanggil pesawat MH370 yang
masih hilang, Ibrahim Mat Zain yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh
atau Bomoh VIP, mengugut mahu menampar muka Ketua Pemuda UMNO itu.
Dengan menggambarkan KJ sebagai biadap dan tidak menghormatinya sebagai
orang tua, beliau mencabar KJ agar meletakkan jawatan sebagai menteri
manakala beliau pula akan meletakkan jawatan sebagai mahaguru silat.
"Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita fight. Saya tampar dia
macam saya tampar buaya baru dia tahu," demikian luahan marah dan rasa
tidak tidak senangnya terhadap KJ yang mahu beliau ditangkap kerana
dianggap menjalankan amalan syirik dan bertentangan dengan Islam dalam
usaha mencari pesawat yang hilang itu.
Video luahan marah dan tindakan mahu menampar KJ oleh Ibrahim Mat Zain
itu kini sudah tersebar luas di laman-laman sosial serta menjadi
perbualan hangat pengguna internet sejak semalam.
Dalam dua kejadian di KLIA, Ibrahim bersama beberapa pengikutnya telah
menjalankan dua upacara ritual dengan membawa buluh, bubu, tikar dan
buah kelapa sambil melaungkan perkataan Allahu Akbar. Tindakan itu
mendapat kecaman di media kerana amalan yang dilakukan itu dianggap
karut, syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Berikutan ritual itu juga, Perdana Menteri Najib Razak mendapat kecaman
di media antarabangsa dan dunia Arab dengan mereka melabelkan Perdana
Menteri sebagai tiada otak dan lebih mempercayai amalan syirik dalam
usaha merungkai persoalan mencari pesawat MH370 yang masih hilang sejak
lebih seminggu lalu itu.
Sementara Ibrahim Mat Zain mendakwa kehadirannya ke KLIA adalah atas
jemputan VIP tertentu, hampir tidak ada pemimpin UMNO dan kerajaan yang
tampil mengecam tindakan beliau itu. Kalau ada pun hanyalah sekadar
penafian ringan sahaja.
Lalu apabila KJ menyelar perbuatan itu sebagai syirik dan mahu beliau
ditangkap, Ibrahim Mat Zain yang berusia 80 tahun jelas tidak dapat
menyembunyikan perasaan marahnya. Selain mahu menampar, beliau juga mahu
Najib membuang KJ sebagai menteri.
Selain itu, beliau juga memberi amaran agar KJ tidak mengulangi tuduhan
terhadapnya di lain ketika atau berhadapan saman malu sebanyak RM100
juta.
Walaupun KJ tidak menganggap serius ugutan itu dengan menulis secara
main-main di twitternya, "Raja Bomoh VIP mahu tampar saya macam kokedai"
tetapi amalan mengugut dengan penampar ini nampaknya sudah mulai
menjadi budaya dalam dunia politik negara kita.
Sebelum ini, sebuah NGO yang dinamakan Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia
telah menawarkan ganjaran sebanyak RM500 dan kemudian dinaikkan kepada
RM1200 kepada sesiapa yang dapat menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa
Kok berhubung video yang diterbitkan yang dianggap mempersenda Perdana
Menteri.
Tindakan NGO itu mendapat kecaman pelbagai pihak kerana ia dianggap
suatu bentuk ugutan serta dianggap tindakan tidak sihat dalam amalan
politik kerana dalam mempertahankan pendirian, hujah sepatutnya dilawan
dengan hujah. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi enggan
melayan agar pihak polis bertindak terhadap ugutan seperti itu dengan
menganggap ganjaran untuk penampar bukanlah suatu bentuk ancaman.
Menurut, hanya jika mereka berkata mahu membunuh, barulah ia dianggap sebagai ancaman.
Kini, berikutan sikap tidak tegas Zahid itu, seorang menteri sendiri
iaiu KJ telah menerima padahnya apabila beliau pula mahu ditampar oleh
seorang Raja Bomoh yang tidak berpuas hati dengannya.
Apakah selepas ini, ugutan tampar ini akan terus menjadi budaya di
negara kita? Apakah mungkin selepas ini Perdana Menteri atau isterinya
atau Timbalan Perdana Menteri pula yang akan menerima ugutan tampar
pula?
Dan bagaimana pula jika akhirnya ada pemimpin yang benar-benar kena tampar, siapa harus dipersalahkan? (SH 15/03/2014)
- http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-