.

Saturday 22 February 2014

Putrajaya pindahkan guru dengan notis 24 jam, bukti sistem PBS zalim

KUALA LUMPUR, 22 FEB – Pengerusi NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari telah diberikan notis perpindahan 24 jam ke sebuah sekolah di pedalaman di Jerantut, Pahang dipercayai lantaran kelantangan beliau membantah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dalam kenyataan medianya hari ini mengecam tindakan Kementerian Pendidikan yang menurut beliau seharusnya mendengar maklumbalas yang diberikan SGMM, ketimbang mengeluarkan arahan berbentuk ugutan seperti yang terjadi kepada Cikgu Izzat.

“Walaupun falsafah di sebalik PBS itu mungkin bagus, tetapi sepertimana banyak lagi perkara lain di Malaysia, pelaksanaannya sangat buruk dari awal lagi,” ujar beliau lagi.

“Saya telah mendengar keluhan bagaimana para guru terpaksa berjaga sehingga jam dua atau tiga pagi hanya untuk memasukkan gred ke dalam sistem kerana sistem tersebut tidak sesak pada waktu-waktu tersebut,” tambahnya.

“Malah ada juga guru yang mengadu data yang mereka masukkan hilang,” kata beliau.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan dilaporkan turut menghadapi kesukaran menggunakan sistem SPPBS dengan memerlukan dua minit untuk memasukkan data seorang murid.

“Mengandaikan sistem tersebut tidak ‘sangkut’ seorang guru dengan murid seramai 30 orang untuk satu matapelajaran memerlukan tiga jam seminggu (minima) hanya untuk memasukkan data gred tersebut,” tambah Kian Ming yang juga Strategis Pilihanraya DAP.

Beliau turut menggesa pihak Kementerian supaya segera menghentikan sistem terbabit buat masa ini dan membatalkan arahan perpindahan Cikgu Izzat.

“Kementerian harus menunjukkan bahawa mereka bukan hanya tahu menghukum pihak yang berani memberi kritikan tetapi Kementerian harus sedia mendengar pandangan mereka dan bekerjasama,” kata Kian Ming. – Roketkini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist