.

Wednesday, 19 February 2014

Pusat khidmat Teresa Kok disimbah cat, bangkai ayam

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim terus menerima ancaman, kali ini pihak terbabit bertindak lebih melampau apabila menyimbah cat merah pada tangga naik ke pejabat pusat khidmatnya di Jalan Kuchai Lama, di sini.

Selain itu bangkai ayam dan gambar Teresa bersaiz A4 turut ditemui diletakkan di situ.

Pengurus bangunan, Sim Foo Lan berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pekerja yang membersihkan kawasan itu awal pagi tadi.

“Pekerja memberitahu ada orang simbah cat dan tinggalkan bangkai ayam di situ. Saya juga jumpa dua kertas saiz A4. Satu daripadanya tertera gambar Teresa dan satu lagi saya tidak buka.

“Ini bukan kejadian kali pertama. Enam hari selepas Tahun Baru Cina, ada pihak yang tinggalkan kalungan bunga untuk orang mati di tempat sama,” katanya ketika dihubungi.

Ini adalah ancaman terbaru yang diterima Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu selepas tawaran menamparnya yang dibuat sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ 6 Februari lalu.

Sehubungan itu, Sim membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Sri Petaling.

“Saya sudah membuat laporan polis kerana hal ini membabitkan tempat awam dan pengguna bangunan lain,” katanya. -Roketkini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist