Rakyat sekali lagi bakal menjadi mangsa penipuan kerajaan apabila
menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengumumkan dasar harga baru
bahan bakar RON95 akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.
Dengan menggunakan alasan 'memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak', satu mekanisma akan diperkenalkan yang membolehkan hanya golongan susah mendapat subsidi petrol.
Gesaan ini pasti menimbulkan kegelisahan kepada golongan pertengahan apabila pemansuhan subsidi RON95 menjadi agenda sebenar.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak sebarang usaha kerajaan menaikkan harga petrol RON95 walau dengan apa pun alasan. Rakyat sudah cukup menderita dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup yang melambung.
Berita pemotongan subsidi ini sangat tidak membantu meredakan keresahan rakyat.
SAMM percaya mekanisma bakal disusun akhirnya menjadikan rakyat Malaysia dipaksa tunduk kepada kerajaan. SAMM menjangkakan rakyat akan diarah memohon kad subsidi dan hanya yang bergaji tertentu sahaja layak memiliki kad tersebut. Pada 2011, Datuk Seri Ismail Sabri ketika itu menjadi menteri bertanggungjawab pernah mencadangkan penggunaan MyKad sebagai token pengantara untuk menikmati subsidi petrol.
Apa pun mekanismanya, SAMM seru kerajaan melihat kembali bagaimana ketirisan besar berlaku dalam agihan subsidi kepada nelayan. Jika ketirisan subsidi diesel untuk nelayan tidak mampu dibendung, bagaimana pula agihan subsidi terhadap sejumlah besar pemandu di Malaysia?
Rakyat seolah-olah terpaksa mengemis di bumi sendiri untuk sesuap subsidi. Pengagihan subsidi ini juga akan menjadi satu lagi 'BR1M' yang memaksa rakyat akur terhadap pemerintah sampai bila-bila.
Cukup sudah duga menduga perasaan rakyat, SAMM yakin kali ini rakyat akan bangkit secara luar biasa setelah pemerintah tidak henti-henti mempermainkan rakyatnya. Lebih ramai yang akan memilih jalan raya, dan mungkin Putrajaya.
Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan!
Edy Noor Reduan ialah Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)