Thursday, 14 November 2013

Kritik CEO, ketua anak kapal MAS digantung tugas

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menggantung tugas Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) Ismail Nasaruddin kerana mengeluarkan kenyataan media berhubung ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu Ahmad Jauhari Yahya, sementara menunggu siasatan dalaman.

Ismail digantung tanpa elaun dan berkuat kuasa segera mulai 8 November selepas beberapa laporan akhbar yang memetiknya pada hari yang sama.

Dalam surat tunjuk sebab bertarikh 11 November yang dilihat Malaysiakini, MAS mendakwa Ismail bertindak bertentangan dengan tugasnya sebagai ketua pramugari dan pramugara dengan mengeluarkan kenyataan itu.

Surat itu turut memetik laporan SunBiz yang menyebut bahawa Ismail menggesa penyingkiran Ahmad Jauhari sebagai CEO kerana didakwa gagal menjaga kebajikan anak-anak kapal dan menyertai rundingan perjanjian bersama dengan kesatuan.

Ia menyebut, walaupun Ismail presiden sebuah kesatuan, beliau tetap pekerja MAS.

Sementara itu, Nufam dalam memorandumnya kepada kementerian sumber manusia mahukan campur tangan dalam itu itu.

Ia turut menyatakan, kenyataan Ismail kepada media mempunyai asas dan MAS masih enggan mengiktiraf kesatuan sekerja.

[Baca berita penuh]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)