.

Saturday, 12 October 2013

Wanita hempas mikrofon dan dakwaan pengundi hantu

Pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini merakamkan peristiwa luar jangkaan apabila calon Ketua Wanita Bahagian Petaling Jaya Selatan, Norkhaila Jamaluddin mendakwa wujud pengundi hantu dalam pemilihan bahagian itu.

Lawannya iaitu penyandang jawatan, Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi.

Menurut Utusan, Norkhaila mendakwa jumlah kehadiran perwakilan adalah seramai 389 orang sedangkan jumlah undi yang diterima adalah 401 undi termasuk 7 undi rosak.

"Jadi mana pengundi hantu itu dan saya kata ada penipuan besar di sini.

"Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan kerana dengan cara beginilah orang fed up (bosan) dengan Umno ini," katanya kepada pemberita.

Beliau dilapor akan membuat bantahan pada malam ini untuk dihantar kepada Umno Selangor dan Umno Malaysia.

Di Gua Musang pula, seorang perwakilan dalam pemilihan Wanita dilaporkan bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai apabila senarai pencalonan cawangannya tidak diterima dan ditolak.

Insiden jam 11 pagi berlaku apabila beliau bangun dan mencapai mikrofon untuk bercakap.

Namun, ia dipadamkan sekaligus mengundang amarahnya lalu bertindak menghempaskan mikrofon terbabit ke lantai.

Di Tampin, Utusan melaporkan mesyuarat Pemuda UMNO tegang selepas 99 ahli perwakilan bertindak keluar dewan beramai-ramai sewaktu mesyuarat berlangsung.

Ia berlaku kerana mereka tidak berpuas hati dengan kiraan undi perwakilan ke sidang perwakilan Umno bahagian Tampin pada 19 Oktober ini.

Calon Ketua Pemuda Umno bahagian, Saiful Adly Abd Wahab mendakwa pengiraan yang dibuat itu tidak sama dengan jumlah yang dikira oleh wakilnya.

Di Pasir Gudang pula, kekecohan turut berlaku apabila Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian, Moeinuddin Zakaria menghalau wartawan dari tempai mesyuarat di Dewan UniKL di Bandar Seri Alam./~malaysiakini

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
XNAK SESAT's avatar

XNAK SESAT · 613 weeks ago

APABILA .....!!!!

1.XDICALUNKAN????

2.KALAH PEMILIHAN????

...MAKA AKAN MELELEH LE AIR LIOR UNTUK MEREMBAT PROJEK / DUIT RAKYAT...XGITU UMNO/BN KEPARAT.
Macamlah boleh bawa mati semua ni...betul ke sy pernah dengar ramai org kat timur tengah kalau umur da 40s derang bsara awal supaya boleh kejar akhirat banyakn amalan sebelum mati...kat sini sibuk pula nak raih jawatan...ingat boleh bawa mati ke, malaikat tak tanya pun kalau masuk kubur nanti

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist