oleh: shahbudin husin
Isu yang paling hangat menjadi bualan di Sungai Limau sekarang ini ialah
 berkenaan gesaan agar Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin 
memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Razak dan gambar 
palsu yang digunakan oleh Pas berkaitan calonnya, Mohd Azam Samad. Tidak
 mustahil juga isu ini akan berlarutan sehingga hari pengundianada 4 
November nanti.
Muhyiddin sebelum ini ketika memperkatakan tentang pemansuhan subsidi 
gula telah mengaitkannya dengan Ustaz Azizan yang pernah dipotong 
kakinya kerana menghidap penyakit kencing manis. Apa pun nada dan 
tafsiran daripada ucapan Muhyiddin itu, termasuk niatnya yang tidak 
berhasrat menyinggung perasaan keluarga Ustaz Azizan, hakikatnya 
Muhyiddin tidak sepatutnya menperkatakan perkara itu dan barangkali 
beliau telah terlanjur dalam ucapannya itu.
Isu penyakit yang pernah dideritai oleh Ustaz Azizan tidak seharusnya 
disentuh dan dijadikan perbandingan dengan apa-apa kejadian sekali pun, 
tambahan pula  beliau baru saja meninggal dan keluarganya masih bersedih
 dengan pemergiannya itu.
Sebab itu, tidak hairan bukan saja Pas yang merasa terpanggil untuk 
mendesak Muhyiddin meminta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan, bahkan 
ahli keluarganya juga berbuat demikian. Sehingga ini, Mahfuz Omar, 
Pemuda dan Muslimat Pas telah menyeluarkab kenyaataan mengenai desakan 
mereka itu.
Keluarga Ustaz Azizan yang diwakili oleh anaknya, Mohd Rafiie Azizan 
nampaknya tidak dapat menyembunyikan kesedihan berganda yang sedang 
mereka alami sekarang iaitu sementara air mata masih belum kering kerana
 kehilangan anggota keluarga tersayang, tindakan Muhyiddin mengaitkan 
pemotongan subsidi gula dengan pemotongan kaki Ustaz Azizan seperti 
manambahkan lagi air mata yang bakal ditumpahkan.
Lantaran itu, beliau meminta Muhyiddin agar meminta maaf atas ucapannya yang dianggap menyinggung perasaan keluarga mereka itu.
Satu lagi isu ialah berkaitan penerbitan sebuah buletin yang dinamakan 
"Sinar Sungai Limau"  yang didapati memaparkan gambar palsu yang 
melibatkan calon Pas, Mohd Azam Samad,  juga dengan Ustaz Azizan. Gambar
 asalnya ialah wartawan Sinar Harian sedang menemuramah Ustaz Azizan 
tetapi telah dipalsukan dengan meletakkan gambar Mohd Azam seolah-olah 
sedang berbual-bual dengan bekas MB Kedah itu.
Barangkali tujuan Pas memuatkan gambar itu ialah untuk menunjukkan 
hubungan baik antara calon Pas dengan Ustaz Azizan berikutan banyaknya 
serangan daripada UMNO bahawa calon Pas itu tidak mempunyai hubungan 
baik dengannya, bahkan dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan 
Ustaz Pahrolrazi, seorang pemimpin Pas Kedah yang memang diketahui tidak
 mempunyai hubungan baik dengan Ustaz Azizan.
Memandangkan ramai pengundi di Sungai Limau adalah terdiri daripada 
saudara-mara dan kaum kerabat Ustaz Azizan, dan barangkali juga kerana 
terlalu mengharapkan undi daripada kelompok tersebut, maka berlakunya 
pemalsuan gambar tersebut sedangkan secara logiknya, perkara itu tidak 
perlu pun dilakukan oleh Pas.
Pas sewajarnya yakin dengan asas perjuangan yang dibawanya dan sokongan 
pengundi Sungai Limau, termasuk kaum keluarga Ustaz Azizan sejak lima 
penggal lalu juga adalah kerana keyakinan mereka terhadap perjuangan 
Islam yang dibawa oleh Pas melalui calonnya ketika itu, Ustaz Azizan. 
Kiranya keyakinan mereka kekal dan istiqamah terhadap Islam, siapa pun 
calonnya, sokongan tetap akan diterima.
Memanglah ada faktor peribadi dalam memberi undi  di mana-mana kawasan 
pun tetapi peratusannya hanya kecil saja. Dan dalam hal ini, Pas 
sepatutnya melihat isu yang lebih besar untuk mendapatkan sokongan dan 
undi iaitu meyakinkan pengundi terhadap perjuangan Islamnya, bukannya 
terperangkap dalam isu kecil dan remeh yang akhirnya memalukan diri 
sendiri.
Dalam kedua-dua isu ini, apa pilihan kepada Muhyiddin dan Pas sebenarnya?
Muhyiddin sebagai TPM dan mungkin bakal menjadi pengganti Najib dalam 
waktu terdekat ini berikutan petanda keretakan dalam UMNO semakin nyata 
dengan bermulanya serangan terbuka Mahathir semalam, haruslah 
menunjukkan jiwa besarnya dalam hal ini. Beliau perlu segara mengucapkan
 kata-kata maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas keterlanjurannya yang 
mungkin tidak disengajakan itu.
Kalau perlu, luangkan masa bertemu dengan kedua-dua balu dan anak-anak 
Ustaz Azizan dan lafazkanlah kata-kata maaf di hadapan mereka. Tiada 
ruginya pun berbuat demikian.
Dalam masa yang sama, Pas juga perlu meminta maaf kepada pengundi Sungai
 Limau dan keluarga Ustaz Azizan atas pemalsuan gambar yang telah mereka
 lakukan itu. Walaupun pemalsuan gambar itu mungkin tidak mendatangkan 
apa-apa mudarat kepada perasaan keluarga Ustaz Azizan tetapi kepada 
pengundi ianya mungkin isu besar yang boleh menjejaskan intergriti Pas 
untuk memenangi pilihanraya ini.
Maka, penyelesaiannya yang terbaik juga ialah dengan meminta maaf, 
tambahan pula Pas juga sudah mengakui tentang kepalsuan gambar tersebut.
Kiranya Muhyiddin dan Pas dapat sama-sama berlapang dada dan bersedia 
bersikap terbuka atas kesilapan yang masing-masing lakukan ini, itulah 
petanda kematangan dalam berpolitik yang tentunya turut menggembirakan 
semua pihak. Dan siapa yang lebih dulu meminta maaf, dialah yang  
sebenarnya lebih matang dan layak disanjung. (SH 29/10/2013)
-http://shahbudindotcom.blogspot.com/ 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
