.

Saturday 7 September 2013

Tangki air sekolah pula 'meletup' di Terengganu

Khairul Azlam Mohamad, 07 Sep 2013

KUALA TERENGGANU: Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan di sini didakwa telah meletup dan pecah.

Tangki air tersebut meletup kira-kira jam 11.30 malam pada 4 September lalu, hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Paka, Dungun pada 14 Julai 2012.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) ketika mendedahkan perkara itu, menggesa kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang dilihat kerap runtuh dan rosak di negeri ini.

"Saya sudah peringatkan pihak kerajaan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat, saya hairan lepas satu-satu peritiwa (yang berlaku) dan yang terakhir tangki air yang pecah. Pecah, mendap, runtuh… ia melibatkan keselamatan orang ramai.

"(sedangkan) Bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang telah ditetapkan),"ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu siding medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian binaan dan bangunan kerajaan yang runtuh dan rosak ini jarang berlaku waktu dahulu, namun ia sudah macam satu 'kelaziman'.

Kata Abdul Wahid, kejadian itu berlaku seperti stadium runtuh, tanah mendap, sekolah senget, tangki air pecah dan lain-lain lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam berpendapat sekiranya tindakan sewajar tidak diambil, rakyat akan hilang keyakinan kepada jabatan dan agensi kerajaan.

Oleh itu, katanya perkara terbabit perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan BN Terengganu./~harakahdaily

1 comment:

  1. Kan dah diberitahu,akan ada lagi malapetaka dari Allah swt apabila masjid Kpg Bujal di runtuhkan.percaya lah,akan ada lagi bala yg terus menyusul kerana kifarah Allah swt amat berat.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist