oleh: Shahbudin Husin
Kehadiran
ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi,
Hishammuddin dan Shafie Apdal secara bersama dan serentak di hari
penamaan calon pemilihan MT UMNO hari ini, tidak diragui lagi merupakan
isyarat yang jelas bahawa mereka ini akan berpakat dan saling
bergandingan tangan antara satu sama lain.
Walaupun tindakan berpakat itu cuba dinafikan tetapi ia terlihat sukar untuk disembunyikan.
"Kami sebagai penyandang secara bersungguh-sungguh akan mengekalkan
jawatan untuk mendokong parti. Kami ada keserasian dan saling mengenali
antara satu sama lain," demikian kata Shafie Apdal.
Zahid pula berkata, ketiga-tiga mereka mempunyai keyakinan untuk terus
mempertahankan jawatan dan menyifatkan kehadiran Mukhriz sebagai
pencabar yang disifatkan mewakili kehendak golongan muda bukanlah suatu
masalah dan biarlah perwakilan yang menentukannya.
"Pasal Mukhriz, kami berfikiran terbuka dan berlapang dada. Sebagai penyandang, kami pasrah," kata Zahid lagi.
Hishammuddin dalam nada yang hampir serupa berkata, proses pemilihan
kali ini adalah ujian kepada demokrasi dan ramalan yang yang mengatakan
salah seorang daripada mereka akan tewas berikutan kehadiran Mukhriz,
sama-sekali tidak menggugat keyakinan mereka bertiga untuk
mempertahankan jawatan itu.
Di PWTC hari ini, dilaporkan juga ketiga-tiga penyandang itu bukan saja
hadir dan mengemukakan borang secara bersama, malah kemudian meninjau
pusat penamaan calon juga bersama, sambil bergurau-senda untuk
memperlihatkan keakraban mereka.
Ia sekaligus menjadi percakapan bahawa mereka bertindak demikian sebagai
menghantar isyarat kepada para perwakilan UMNO, bukan saja tentang
kesepakatan antara mereka tetapi juga sebagai pilihan yang dikehendaki
dan direstui oleh Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib Razak.
Kesepakatan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga penyandang ini bukan saja
untuk mempertahankan kedudukan masing-masing tetapi juga sebenarnya
untuk menyekat kemaraan Mukhriz daripada memenangi salah satu kerusi
Naib Presiden itu.
Najib sebelum ini dilaporkan mahu status quo Naib Presiden UMNO yang
sedang disandang oleh Zahid, Hishammuddin dan Shafie dikekalkan dalam
pemilihan 19 Oktober depan kerana berpuas hati dengan prestasi mereka,
di samping ketiga-tiga mereka juga dianggap sebagai "penurut perintah
paling setia" dan mampu berada di barisan paling hadapan untuk
mempertahankan kedudukan Najib.
Selain itu, dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hampir pasti
tidak ditandingi, Najib juga mahu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin
yang masih mampu mengawal UMNO dan sebab itu beliau mahukan ketiga-tiga
penyandang Naib Presiden yang ada dikekalkan.
Apabila Mukhriz mahu bertanding, Zahid lantas menyarankan agar anak
Mahathir itu pergi mendapatkan nasihat daripada Najib terlebih dahulu
sebelum membuat sebarang keputusan. Najib juga dilaporkan tidak begitu
gembira dengan keputusan Mukhriz mahu bertanding dan telah memanggil
Mukhriz ke pejabatnya untuk memberi nasihat berkenaan perkara itu.
Namun demikian, dilaporkan bahawa dalam pertemuan itu, Mukhriz telah
meminta maaf kepada Najib kerana tidak dapat mematuhi nasihat Presiden
UMNO agar jangan bertanding Naib Presiden UMNO, sebaliknya menyatakan
keinginan untuk terus bertanding berdasarkan sokongan dan respon yang
diterimanya.
Khamis lalu, Mukhriz akhirnya mengumumkan hasratnya bertanding Naib
Presiden UMNO dengan slogan "Berani Berubah". Sehingga hari ini juga,
Mukhriz tidak bercakap mengenai nasihat dan restu daripada Najib
kepadanya, sebaliknya hanya berkata, keputusannya bertanding mendapat
restu daripadanya bapanya, Mahathir Mohamad.
Dengan pertandingan Naib Presiden UMNO kali ini menjadi enam penjuru
dengan penyertaan Isa Samad dan Ali Rustam, gambarannya ialah
ketiga-tiga penyandang mendapat restu daripada Najib selaku Presiden
UMNO dan Perdana Menteri, Mukhriz mendapat restu daripada Mahathir,
bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri tetapi masih lagi berpengaruh
manakala Isa dan Ali, mungkin hanya bersandarkan restu diri sendiri
sahaja.
Sekiranya dengan kesepakatan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga
penyandang ini mereka terus kekal, bermakna restu Presiden masih ada
harganya tetapi sekiranya seorang atau lebih daripadanya yang tewas, ia
akan memberi erti bahawa restu Najib tidaklah lagi sekuat restu
Mahathir.
Jika Mukhriz berjaya mendapat undi tertinggi pula, isyaratnya restu Najib tidak membawa apa-apa makna lagi.
Sementara menunggu keputusan pada 19 Oktober untuk mengetahui restu
siapakah yang paling "power", tempoh kempen selama hampir sebulan untuk
perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kali ini tentunya menjanjikan
kehangatan yang luar biasa tetapi yang pastinya juga, UMNO akan terus
sarat dengan pergelutan, perebutan dan persaingan untuk tahun-tahun yang
seterusnya.
Lebih-lebih lagi jika Mahathir terus sihat dan panjang umurnya. (SH 21/09/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-