(Penyokong Morsi berterawih di Medan Raba'ah. Di belakang
tertera poster Morsi, Presiden Mesir yang sah yang telah diguling
tentera)
MESIR: Satu rakaman video memamarkan ucapan Ketua
Perisikan Israel Jeneral Afif Khufifi dimuat naik ke laman youtube
mendedahkan sebab kenapa kepimpinan Islam di Mesir yang diterajui
Presiden Dr Muhammad Morsi perlu "dihancurkan".
Ucapannya
pada satu himpunan besar itu antara lain menyebut Morsi perlu
disingkirkan kerana pemikirannya adalah Ikhwanul Muslimin dan cubaan
menegakkan syariat dan khilafah Islam di Mesir.
Mesirkini yang
membuat terjemahan dan ringkasan dari petikan ucapan itu melaporkan,
Afif melahirkan kebimbangan terhadap pemikiran Ikhwanul Muslimin yang
hari ini berkembang pesat di Timur Tengah.
Ianya termasuk Mesir,
Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain, malah sudah
berupaya membina kekuatan di Syria dan Jordan.
Kekuatan Ikhwanul
Muslimin katanya ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan
politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan
manusia.
"Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan. Pertama, mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat.
"Definisinya
ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem syura
yang merupakan satu konsep permesyuaratan yang diakui dalam Islam.
"Kedua
adalah strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di
tengah-tengah pengaruh rejim tidak demokratik, pada masa sama demokrasi
tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan
Gaza," tulisnya merujuk ucapan Afif dalam bahasa Hibrew itu.
Afif
juga mendakwa, Universiti Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan
Syariat tersebut bagi mengukuhkan legitimasi hukum yang sedang
diterapkan oleh kerajaan Mesir.
Dua misi besar ini menurutnya, akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka.
Maka
katanya, parti-parti sealiran Ikhwan yang kini berkembang di Mesir,
Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan Islam dan
mereka akan bertanggungjawab menjadi peneraju utama.
Malah kata
Afif, tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk
kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh dan kuat.
"Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya daulah Islamiyah (kerajaan Islam) di Mesir.
"Penggulingan atas Morsi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya," tulis Mesirkini.
[LIHAT VIDEO] ucapan Afif Khufifi
-harakahdaily
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
2 hours ago