.

Sunday, 25 August 2013

“Pembunuhan bapa didalangi sindikit, rasuah di jabatan kastam”

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Anak kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang mati ditembak di Putrajaya 26 April meluahkan rasa kesal kerana tiada pihak didakwa di mahkamah, meskipun setelah empat bulan kes itu berlalu.

Menurut Mohd Akhtar Shaharuddin, layanan polis terhadap kes itu dianggap tidak adil walaupun bapanya pegawai tinggi kerajaan yang banyak memberi sumbangan kepada negara.

Beliau percaya kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di Langkawi, malah yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.

“Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya. Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

“Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya,” kata arkitek berumur 30 tahun itu seperti dilapor The Malaysian Insider.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.

Menurut Mohd Akhtar, bapanya ke Langkawi selepas menerima panggilan pemberita yang bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di pulau itu, beberapa minggu sebelum ditembak.

Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka. Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.

“Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis,” katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=5509
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist