oleh: mohd sayuti omar
Mahathir
mencadangkan MAS diswastakan untuk mengelakkan kerugian. Ramai terkejut
kenapa tiba-tiba bekas PM itu mencadangkan demikian. Apakah dia sudah
ada cadangan atau angan-angan untuk memiliki MAS? Sudah ada prokasi?
Selama dia menjadi PM, MAS sudah pun rugi tetapi tidak dibuat cadangan itu.
Saya melihat cadangan Mahathir itu bukan main-main. Ia ada maksud
tersirat. Apakah dia mahu memberi apa-apa mesej kepada Najib Razak?
Sebelum ini Mahathir mengeluarkan pendapatnya yang BR1M yang diberikan
Najib kepada rakyat tidak memberi kesan. UBN tetap kalah juga.
Mahathir juga dalam nada sinikal mengatakan dia tidak sangka UBN kalah teruk ditangan Najib.
Apakah cadangan Mahathir itu untuk memperli Najib? Walaupun sudah ada
usaha dibuat Najib untuk menyelamatkan MAS dari bankrup tetapi Mahathir
tetap memahat yang bunyinya menyenakan Najib. Apakah Mahathir ada maksud
lain?
Hari ini Najib membuat kenyataan menjelaskan yang MAS tidak akan
diswastakan kerana ia sudah disenaraikan di Brusa Saham dan menjadi
milik Khazanah Nasional dan berkepentingan awam? Apakah tindakan
Mahathir itu sengaja untuk mengusik Najib atau menghulurkan mesej agar
Najib bersiapa sedia untuk ditentang? Begitukah. Mahathir sedang mencari
point untuk bergaduh dengan Najib kemudian mengarah Muhyiddin lawan
Najib.
Mungkin pendapat saya ini kurang disenangi oleh Najib dan pendokongnya.
Tetapi melihat perkembangan di sekitar Mahathir dan Najib semacam ada
rasa tidak puas hari oleh Mahathir terhadap pentadbiran Najib. Najib
perlu sedar yang Mahathir tidak pernah mempercayai Najib kerana dia tahu
kebolehan Najib lebih kurang Abdullah Badawi sahaja.
Yang Mahathir percaya dan merasakan layak memimpin Malaysia ialah anaknya Mukhriz Mahathir. [mw.kl. 3:31 pm 19/08/13]
Sokongan terhadap Najib dedah kekeliruan PN
29 minutes ago