Gara-gara BN memenangi semula PRU 13, para peminjam PTPTN kini diancam
bala sepanjang hidup jika gagal menjelaskan pinjaman itu selepas tamat
pengajian di institusi pengajian tinggi nanti.
Mereka yang gagal
melunaskan pinjaman itu sama ada kerana sengaja tidak mahu
menjelaskannya atau tidak terdaya menunaikannya atas kesempitan hidup
akan disenaraikan di bawah CCRIS itu Sistem Maklumat Rujukan Kredit
Pusat.
Mangsa itu akan hilang kelayakan untuk memiliki kereta,
rumah dan lain-lain sebagai tambahan kepada sekatan keluar negara.
Status mereka mungkin sama dengan orang yang muflis. Jika mereka orang
Islam tidak layak menunaikan haji dan umrah.
Kerana takut ugutan
itu mengancam peluang Umno dalam PRU14, Pemuda Umno menentangnya.
Kerajaan pun takut kesannya, maka tidak jadi ia kuatkuasakan setakat
ini.
Seingat saya, si muflis sebelum merdeka dulu layak memiliki
basikal. Dia tidak boleh memiliki motosikal. Masa itu belum ada
motosikal kecil seperti Honda. Pakaian yang dibolehkan kain kaki iaitu
kain tebal.
Mungkin tindakan terhadap peminjam PTPTN kurang
sedikit zalimnya dari yang dialami oleh peminjam along. Tindakan yang
dikenakan along menyiram cat merah pada kediaman, ancaman bunuh secara
kejam. Jika peminjam melarikan diri, keselamatan keluarga terancam.
Peminjam
PTPTN tidaklah dikenakan demikian tetapi deranya seperti lain-lain
peminjam yang tidak dapat menjelaskan hutang yang pinjaman itu dibuat
sebagai pilihan. Pinjaman pilihan itu ialah sebagai modal perniagaan,
membeli harta/saham, rumah, kenderaan dan sebagainya.
Pinjaman
PTPTN adalah keperluan asasi bagi melanjutkan pelajaran. Menuntut ilmu
di institusi pengajian tinggi adalah keperluan. Ia bukan pilihan lagi.
Tiada cara bagi rakyat cerdik dari keluarga yang tidak berada
melanjutkan pelajaran melainkan pinjaman atau biasiswa. Zaman biasiswa
mudah, maka alternatifnya ialah PTPTN.
Dera yang dicadangkan itu
mungkin patut bagi dikenakan kepada penyangak yang mendaftar menjadi
ahli Umno bagi meminjam duit dari Mara dan Bank Bumiputera dulu. Kerana
mereka diterima jadi Umno, maka mereka berpeluang mendapat pinjaman yang
banyak. Antaranya tidak membayar hutang itu dan ramai juga hutang itu
dihapus kira.
Penyangak seperti itu patut dikenakan tindakan
seperti yang dicadangkan kepada peminjam PTPTN. Tetapi pelanggan PTPTN
malangnya ialah kerajaan yang ada mengira pelajaran tinggi untuk
rakyat adalah satu perniagaan. Ia bukan hak asasi belia yang cerdik.
Siapa yang hendak belajar tinggi mesti berbayar. Kerajaan bina univrsiti
atau benarkan universiti dibina bagi dilanggan oleh belia yang cerdik.
Mereka diberi pinjaman supaya mereka boleh menjadi pengguna kepada
institusi pengajian tinggi itu. Dengan demikian profesor ada pekerjaan
dan dapat gaji tinggi.
Jika tiada pinjaman seperti PTPTN, maka
tiada orang yang belajar di universiti yang banyak itu. Dengan adanya
PTPTN berlumba-lumbalah orang mendirikan universiti dan kolej. Seperti
orang berlumba-lumba mendirikan tadika, kerana ia boleh dijadikan medan
perniagaan.
Tetapi telah ada tawaran pengajian tinggi boleh
diadakan percuma – tanpa PTPTN – seperti yang digagaskan oleh Pakatan
Rakyat dalam PRU13 lalu. Sumber yang ada, kawalan kewangan yang
berhemah, kerajaan boleh mengadakan pengajian tinggi percuma.
BN
tidak menyanggupi tanggungjawab itu kerana ketirisannya, bahkan ia
bocor. Kebocoran itu menyebabkan negara bankrap, bukan sekadar
mengadakan pengajian tinggi percuma.
Justeru, memasukkan PTPTN di
bawah CCRIS itu satu penindasan, maka ia ditentang juga oleh Pemuda
Umno. Tetapi tentangan Pemuda Umno lebih berbentuk politik. Ia
menolaknya kerana takut kalah pilihan raya akan datang kerana adanya
tawaran Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN itu. Sikap Pemuda Umno
bukan disebabkan ia satu penindasan. Bagi PR, PTPTN adalah penindasan
dan memasukkannya di bawah CCRIS pula adalah penindasan berganda./~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-