MESIR: Semua saluran media yang menyiarkan siaran
langsung himpunan membantah rampasan kuasa dan menyokong Presiden Morsi
diarah tutup dan diambil tindakan.
Dilaporkan semua 17 saluran
islamik yang menyiarkan suasana bantahan terutama himpunan di Rabaah
Abawiyyah sejak beberapa hari lalu ditutup hari ini.
Facebook
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), melaporkan sekatan turut
dibuat terhadap agensi berita yang mahu membuat liputan langsung
termasuk Al-Jazeera.
"Menyekat siaran langsung al jazeera di
Rabaah. Menangkap ketua pejabat siaran langsung al jazeera dan beberapa
pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal," laporan itu
dipetik.
Al-Jazeera turut mengesahkan pihak tentera telah mengarahkan siaran
langsung stesen itu dihentikan dan beberapa wakil media itu di Mesir
ditangkap termasuk seorang penerbit. [Di Sini]
Selain itu, pihak tentera juga didakwa telah menyekat penerbitan
ahkbar FJP serta menutup siaran saluran Misr 25 yang menjadi sumber
rujukan perkembangan Mesir oleh masyarakat antarabangsa.
Sementara itu, pihak tentera juga didakwa bertindak merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah.
Mereka juga turut menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr.Muhammad Mursi di kawasan terbabit.
PMRAM
juga melaporkan pihak tentera turut menggunakan peluru hidup ke arah
penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang syahid./~harakahdaily
Wanita 2 suami lari ikut ‘mat saleh’
51 minutes ago