Polis Selangor hari ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak
menyebar khabar angin dan maklumat palsu menerusi media sosial berhubung
insiden pergaduhan di daerah Klang Utara, dalam minggu ini.
Pemangku
Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata pergaduhan yang berlaku
pada 10 Julai dan awal pagi ini bukan disebabkan rusuhan kaum
sebaliknya berpunca daripada salah faham dan rasa tidak puas hati
individu terlibat.
"Insiden berkenaan bukan rusuhan dan tidak
berkaitan antara satu sama lain. Jadi saya beri amaran kepada sesiapa
yang sebarkan maklumat palsu sehingga membimbangkan masyarakat kita akan
ambil tindakan tegas dengan menahan mereka," katanya pada sidang media
di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
Hadir sama pada sidang
media itu ialah Ketua MIC Bahagian Kapar, T Ganesan; Ketua Pemuda MIC
Selangor Shanker Raj Ayanger; dan anggota Jawatankuasa Umno Bahagian
Kapar, Abdul Rahim Shaharudin.
Mereka menafikan maklumat palsu tersebut.
Menurut
Thaiveegan, pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu melalui SMS
dan Facebook akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM).
Pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut
Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu denda
RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau
berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau sebarang
kemusykilan perlu berhubung terus dengan pihak polis bagi mengelakkan
wujudnya rasa bimbang atau takut.
Abdul Rahim meminta orang
ramai supaya tidak bimbang berikutan pihak polis sentiasa menjalankan
tindakan pencegahan di kawasan terlibat.
Dalam kejadian pada 10
Julai lepas, polis menahan tiga lelaki selepas terlibat dalam kejadian
serangan ke atas sekumpulan lelaki di kawasan Flat Rebana, Bandar Baru
Bukit Raja di sini menyebabkan dua lelaki berumur lingkungan 20-an
cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan.
Kejadian itu berpunca daripada salah faham susulan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada Rabu lepas.
Dalam
kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini pula, tiga lelaki yang sedang minum
cedera selepas diserang sekumpulan 10 lelaki bermotosikal yang
bersenjatakan kayu besbol dan parang di kawasan perumahan Taman Ismail,
Sungai Pinang di Klang.
Kejadian dipercayai berpunca daripada
rasa tidak puas hati salah seorang suspek terhadap seorang daripada
mangsa yang bertindak membakar motosikal miliknya pada Februari lepas.
Ekoran
insiden itu, dua lelaki berumur 24 dan 32 tahun ditahan pihak polis di
Batu 1, Jalan Kapar, Sungai Pinang kira-kira dua jam selepas kejadian.
Ketiga-tiga
mangsa berumur 20-an dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)
di Klang untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324
dan 148 Kanun Keseksaan.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-