Tuesday, 2 July 2013

Pertikai keluarga Ketua Menteri Sarawak miliki tanah hampir 100,000 ekar


KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chieng Jen mempertikaikan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud boleh memiliki tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion.

 “Bagaimana keluarga Taib memperoleh tanah seluas 94,700 ekar bernilai RM1 bilion, sedangkan bayaran premium kepada kerajaan negeri kurang RM200 juta?,” soalnya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

 Katanya, melalui perolehan di Jabatan Tanah Sarawak, terdapat tujuh syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai anak, menantu, adik-beradik dan kroni Taib Mahmud. Syarikat itu ialah Polar Red Sdn Bhd, Magna Wide Sdn Bhd, CMS Lands Sdn Bhd, Monarda Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Miracle Harvest Sdn Bhd dan Worldsign Harvest Sdn Bhd.

 Pemegang saham bagi syarikat Monarda misalnya menunjukkan saudara Taib iaitu Mahmud Abu Bekir Taib memiliki pegangan saham 52 peratus, Jamilah Taib (12 peratus), Hanifah Hajar Taib (12 peratus) dan menantu Taib iaitu Anisa Hamidah Abdullah (12 peratus).

Justeru, beliau mendesak satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti tanah negeri yang dijual atau diberi kepada syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai keluarga Taib Mahmud. “Hasil laporan suruhanjaya itu perlu dibentang di Parlimen,” tegasnya.-Roketkini.com - f
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)