.

Friday 19 July 2013

Kuala Besut: Masjid TUDM halang Nik Aziz solat Magrib

Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak menghalang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan solat Maghrib dan memenuhi undangan semalam walaupun persetujuan sudah dicapai bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan itu bertandang ke masjid berkenaan.

Menurut Mejar (B) Yusoff Ali dari Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, pada mulanya, pihak pengurusan masjid membenarkan Nik Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan akan tetapi pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya dipetik dari laporan portal Harakahdaily.

Antara yang turut hadir dalam program malam tadi adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh;  Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang; dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.

Nik Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid itu walaupun  ada persetujuan diberi.
Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak setiap hari diadakan majlis berbuka puasa. – 19 Julai, 2013./~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist