Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hari ini
secara berseloroh berkata, mana-mana ahli PKR yang tidak meminta
sebarang projek merupakan seorang yang "dayus".
Beliau yang
bangun semasa Azmin Ali (PKR-Gombak) membahaskan Rang Undang-undang
Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat tadi juga memberitahu bahawa di
dalam Umno kini tiada lagi "kegiatan" memberi kontrak kepada ketua Umno
bahagian.
Azmin dalam perbahasannya mendakwa bahawa, isu projek
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) bukan peruntukkan tambahan
tetapi projek "mi segera" yang diberi oleh perdana menteri tanpa tender
terbuka kepada ketua Umno bahagian menjelang pilihan raya umum ke-13.
"Saya
rasa Yang Berhormat sudah lama tinggalkan Umno sebab itu tak tahu
perkembangan, kita pun marah dengan pimpinan sebab kita minta (projek)
tak dapat. Semua pun tender terbuka. Menampakkan ketelusan kerajaan
menjurus kepada tender terbuka. Gombak tak tahu perubahan yang berlaku,"
kata Bung.
Selepas itu, Azmin yang menyambung perbahasannya
berterima kasih kepada Bung kerana mengesahkan bahawa memang wujud
kegiatan ketua umno meminta projek.
"Terima kasih Kinabatangan (Bung) kerana bantu saya sahkan ketua umno bahagian memang minta kontrak," kata Azmin.
Bung
yang secara spontan juga terus bangun dan berkata: "Dalam PKR pun minta
juga. Tak ada tak minta. Kalau tak minta itu dayus nama dia.
"Wakil
rakyat Perak dapat tanah di Kelantan, dapat juga. Sama sajalah," kata
Bung yang disambut dengan ketawa oleh ahli parlimen di Dewan Rakyat./~malaysiakini
Guru tuisyen ditemukan maut berlumuran darah
24 seconds ago