.

Monday 24 June 2013

Sekumpulan Ahli Parlimen BN Dari Sabah Dan Sarawak Akan Sokong Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Najib Hari Ini?


Tiada ahli Parlimen BN akan sokong usul menentang PM, kata Shahidan

 Datuk Seri Shahidan Kassim tidak percaya mana-mana ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tindakan dipercayai sesetengah pihak akan dilakukan oleh sekumpulan ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati.

Beliau seharusnya tahu. Semenjak mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli veteran Umno itu telah memainkan peranan sebagai penyelesai masalah, menemui ahli-ahli Parlimen yang kecewa.

Seorang ahli Parlimen yang tidak diberikan jawatan Kabinet walaupun menang dengan majoriti besar memberitahu, Shahidan bercakap kepadanya dan memberi jaminan akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan.

ang lain-lain turut menunggu janji ditunaikan pada Julai apabila akar umbi Umno mula menentukan kepimpinan tertinggi parti.

Untuk kepastian, malam semalam BN mengadakan makan malam untuk semua ahli-ahli Parlimen di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam sebelum sidang Parlimen bermula hari ini.

Shahidan sendiri menyatakan keyakinannya kepada The Malaysian Insider, Kabinet Najib sudah menggambarkan keputusan Pilihan Raya 2013 dan semua pihak termasuk ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak telah diberikan tempat.

“Mustahil kalau BN nak bawa usul undi tak percaya kepada PM sebab siapa nak bawak usul ni? Takkan BN nak bawa?” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kalau pembangkang yang bawa, takkan ahli-ahli Parlimen BN nak sokong?” tambah beliau lagi.
Bekas menteri besar Perlis itu berkata, tidak mengejutkan jika ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah kerana putera raja Kelantan itu merupakan veteran dalam politik Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Shahidan, beliau tidak menyedari tentang pertemuan sekumpulan besar ahli-ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur dengan bekas menteri kewangan itu.

“Tak mustahil kalau ada satu dua ahli Parlimen Sabah dan Sarawak jumpa Ku Li sebab dia orang lama,” katanya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini Tengku Razaleigh telah bertemu dengan sekumpulan ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati kerana tidak dilantik menyertai Kabinet atau diberikan jawatan kerajaan lain oleh Najib.

Selepas pilihan raya umum ke 13, Najib berhadapan dengan pelbagai tekanan dari dalam dan luar parti.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mendakwa terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 sementara asakan dalaman Umno dan BN timbul kerana ini adalah keputusan terburuk gabungan itu dalam sejarah pilihan raya Malaysia dan tidak semua mendapat “habuan” dari kemenangan itu.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen dari dua negeri tersebut, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. - 24 Jun, 2013./~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist