Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang
diselar di atas talian kerana komen tidak semengahnya mengenai jerebu,
akan terbang ke Jakarta esok dan keutamaannya adalah untuk “memadamkan
api”.
Beliau mengatakan Malaysia mahukan penyelesaian serta merta kepada
krisis dan tugasan utamanya adalah untuk membantu kerajaan Indonesia
memadamkan kebakaran di sekitar Riau, Sumatera.
“Kami sudah bersiap sedia untuk membantu Indonesia dengan menyediakan
tenaga kerja dan peralatan. Kita boleh bantu dalam memadam api dengan
pembenihan awan untuk hujan,” katanya kepada pemberita di Wisma Sumber
Asli di Putrajaya petang tadi.
“Masalah jerebu adalah isu negara dan menjejaskan pelancongan,
perniagaan dan ekonomi. Apabila saya melawat Muar hujung minggu lalu,
hospital penuh dengan orang yang terkena penyakit berkait dengan
jerebu.”
Palanivel enggan menyatakan secara pelan tindakannya secara teliti
apabila bertemu rakan sejawatannya dari Indonesia Balthasar Kambuaya
tetapi berkata dia telah "menyediakan semua nota".
"Malaysia mempunyai pengalaman dalam menangani kebakaran tanah gambut
dan kami bersedia menawarkan kepakaran kami ke Indonesia untuk membantu
mereka menyelesaikan masalah antara negara dan merentasi sempadan.
"Malaysia dan Singapura tidak berpuas hati dengan Indonesia
disebabkan pelbagai masalah yang dialami oleh kedua-dua negara kerana
jerebu. Kita mahu mencari penyelesaian secepat mungkin."
Palanivel berkata, jika syarikat-syarikat Malaysia didapati terlibat
dalam aktiviti-aktiviti pembakaran haram, pemerintah Indonesia tidak
perlu teragak-agak untuk mendakwa syarikat-syarikat itu.
"Saya berhasrat untuk berjumpa lapan syarikat Malaysia yang mempunyai
ladang di Indonesia untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang apa
yang berlaku di sana," katanya.
Walau bagaimanapun, Palanivel berkata, beliau tidak akan mengeluarkan
apa-apa kata dua kepada pihak berkuasa Indonesia mengenai tindakan yang
bakal diambil terhadap syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.
"Akhirnya, ia terpulang kepada Indonesia tetapi kita perlu mencari
penyelesaian kekal kepada masalah ini dan bukannya berurusan dengannya
setiap tahun," kata Palanivel.
Beliau berkata terdapat rancangan untuk membawa perkara ini ke
hadapan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Mengenai
Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan pada pertengahan Julai dari bulan
Ogos.
Palanivel berkata beliau juga akan berbincang dengan Balthasar
tentang Indonesia mengesahkan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran
Jerebu Merentasi Sempadan (Seatha) pada 2002. - 25 Jun, 2013./TMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-