Saturday, 8 June 2013

MAFIA 'WRONG GENG' DI SABAH?

(Sila tonton videoklip ini sampai habis. Maaf kualiti kurang memuaskan tetapi itulah hakikat yang berlaku. Siapakah lelaki dalam gambar di atas yang menjadi 'Hero' dalam videoklip ini?)

Saudara Pengarang,


SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohammad; Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek; Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish dan Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Gani Patail.

Sebagai pembayar cukai, kami amat menghargai peranan Sabahkini.net yang tidak gentar mendedahkan segala kepincangan yang berlaku di kalangan Agensi Penguatkuasa di Malaysia terutama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), PDRM, Kastam dan sebagainya; namun kami kesal kerana kesemua pemegang jawatan di perenggan pertama di atas GAGAL menjalankan tugas sehingga Warga Malaysia memboikot untuk memberikan majoriti dua pertiga kepada Kerajaan Barisan Nasional pada PRU-13.
Pendedahan demi pendedahan yang disiarkan Sabahkini.net menjadi sandaran rakyat Malaysia sebagai MEDIA PRIMA untuk mendedahkan segala keluhan yang diabaikan oleh media arus perdana yang semakin bacul dan bersekongkol dengan penjenayah kolar putih.

Kini sebahagian bukti yang didedahkan Sabahkini.net sebelum ini muncul satu persatu berhubung amalan budaya rasuah di kalangan kakitangan KDRM, PDR, APMM.

Baru-baru ini pembayar cukai dikejutkan dengan satu video kakitangan marin dan Mafia Penyeludup Mega seperti Ah Teck dan Ah Ming di bongkar di dalam Facebook (Raymond Dealovas Yong).

PDRM, APMM, PDRM dan Peguam Negara sewajarnya menubuhkan jawatan kuasa khas siasatan dalaman untuk membersihkan Agensi Penguatkuasa daripada 'Rangkaian Penyeludupan Antarabangsa' dan memastikan ESSCOM benar-benar dapat menjalankan tugas dan bebas daripada kekangan Mafia.

Sebagai Tips tambahan, Ketua Pesuruhjaya SPRM sewajarnya menjejaki kereta Avanza didaftarkan nombor SAB 1191 L yang dimiliki isteri kedua Ah Ming kerana mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini.

Kami turut mengesan Anggota APMM Kota Kinabalu menggunakan kenderaan WAJA berwarna hitam bernombor SAB9492G menahan dan menyita barangan seludup; namun melepaskan setelah diberikan imbuhan rasuah.

Kami amat kesal kerana Anggota APMM dijadikan 'Pisau' oleh Penolong Kanan Pegawai Kastam II, Saidin Jalaluddin, bagi mendapatkan kes. Adakah mereka bersekongkol?

Kami mengenalpasti tiga Anggota APMM yang terlibat sama melakukan kerja-kerja yang memalukan pihak kerajaan ialah;

1. MOHD SHARUL NIZAM (M 6082013)
2. ENGKU MAZLAN ENGKU MOHAMAD (M5082320)
3. AHMAD FAIQ B.YUSOF (M5082087)

Ketiga mereka ini sering menggunakan kenderaan Waja Campro bernombor SAB9492G yang didaftarkan atas nama Spanco Sdn.Bhd yang beralamat di No 8.3, Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur.

Salam Hormat,


GESTAPO ESSCOM2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)