KOTA BHARU:
Kenyataan Datuk Ab Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) yang mengkritik bekas
Menteri Besar Kelantan tidak begitu menumpu perhatian ketika menjawat
jawatan itu seumpama menghina titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Ustaz Hassan Mahmood (PAS-Tawang) berkata, ini kerana Sultan Kelantan telah memberi penghargaan yang tinggi kepada Tuan Guru yang telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun.
“Tuanku dengan jelas mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru ketika baginda bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Sidang Dun semalam.
“Kalau Yang Berhormat masih tidak puas hati, menuduh serta mengeluarkan kenyataan yang tidak benar, bererti Yang Berhormat menghina titah Sultan Kelantan,” ujarnya.
Pada masa yang sama Hassan meminta Adun Kuala Balah itu menghentikan kenyataan sedemikian, jika tidak beliau akan merujuk peraturan dewan.
Ab Aziz ketika mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong titah ucapan Sultan Kelantan berkata, Tuan Guru sering tidak hadir ketika sidang Dun berjalan.
Pada masa yang sama pernah menyerahkan pembentangan Belanjawan pada orang lain.
Ekoran itu, keadaan dewan semakin tegang apabila Hassan menuntut Ab Aziz menjawab soalannya sebelum ini, berapa kali Perdana Menteri hadir sidang Parlimen yang belum dijawab walaupun diulang soalan itu beberapa kali.
“Tak apalah saya tidak tahu, nanti saya tanya dia (PM),” ujar Ab Aziz/~harakahdaily