.

Friday, 28 June 2013

Gugur seorang lagi pegawai, EAIC bagai telur dihujung tanduk


KUALA LUMPUR, 27 JUN: Pengguguran seorang lagi Pegawai Kanan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) merupakan bukti nyata badan tersebut tidak relevan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam kenyataan media bersama berkata demikian merujuk kepada hukuman yang dikenakan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, Nor Afizah Hanum Mokhtar yang digugur dan ditukar ke agensi lain serta merta tanpa sebarang alasan jelas.

“Dalam masa sesingkat satu minggu, dua orang pegawai kanan EAIC ditukar secara mengejut. EAIC sudah ‘umpama telur di hujung tanduk’.

“Bagaimana mungkin EAIC melaksanakan tugasnya dengan sempurna dalam pentadbiran caca-merba ini? 

Jelas, EAIC langsung tidak layak menggunakan perkataan “integriti” pada namanya. Pegawai-pegawai kanan boleh dilantik, digugur, dinaik jawatan, dan ditukar tanpa sebarang proses yang telus.

“Tindakan ini sudah pasti menimbulkan keraguan yang amat sangat terhadap kebebasan dan kecekapan pegawai-pegawai dalam perlaksanaan tugas mereka. Adakah faktor politik akan mempengaruhi perlaksanaan kerja EAIC?,” tempelaknya.

Mereka turut mengulangi desakan agar EAIC dimansuhkan segera dan digantikan dengan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

“Pendirian kami tetap sama, EAIC patut dimansuhkan serta-merta dan digantikan dengan IPCMC demi menjamin professionalisme agensi penguatkuasaan negara kita dan seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia secara amnya.

“Jelas, EAIC merupakan sandiwara kerajaan untuk mengelak dari melaksanakan saranan Laporan Tun Dzaidin 2005 iaitu menubuhkan sebuah IPCMC.

“IPCMC akan bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan bukan kepada Jabatan Perdana Menteri seperti EAIC pada masa kini. Segala hal ehwal perlantikan juga akan dilaksanakan secara terbuka dan telus bagi menjamin integriti yang tinggi.

“Hal ini adalah kerana IPCMC ialah badan pemantau (watchdog) bagi agensi penguatkuasa, maka kredibiliti badan tersebut mestilah sentiasa terjamin,” ujarnya. – Roketkini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist