AMPANG 23 JUN : Penahanan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam
disifatkan ‘penganiayaan terpilih’ (selective persecution) oleh pihak
berkuasa dan Kerajaan Umno-BN.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ‘penderaan’
terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tetap diteruskan walaupun Kerajaan
Persekutuan adalah kerajaan minoriti.
“Penderaan terhadap pimpinan PR diteruskan, walaupun kerajaan itu
adalah minoriti yang tidak dapat dinafikan walaupun rakyat telah menolak
BN.
“Budaya keangkuhan dan pendakwaan yang memilih ‘selective
prosecution’, malah saya katakan ia adalah ‘selective persecution’ itu
diteruskan,” katanya.
Semalam, Husam ditahan di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu
kenyataan yang beliau keluarkan di Kota Bharu sebelum perhimpunan
Black505 di Padang Merbok. Semalam beliau dibawa ke Kota Bharu untuk
siasatan.
Husam didakwa sebagai berkata “Andaikata kita terkorban atau satu
daripada kita terkorban, insyaAllah ia adalah syahid fi sabillilah”.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, penahanan Husam memperkukuhkan bukti
bahawa pemimpin Umno bebas dan terlepas daripada segala kenyataan
berbaur perkauman dan hasutan selama ini.
Katanya, selama hampir bertahun-tahun pemimpin Umno-BN dan kumpulan
pendesak Melayu (Perkasa) mengeluarkan kenyataan sedemikian namun tiada
tindakan diambil pihak berkuasa.
“Ungkapan berbaur perkauman dan hasutan ini lebih berbulan-bulan dan
bertahun-tahun oleh Umno dan Perkasa sama sekali tidak dihiraukan.
“Seolah-olah tidak ada perubahan dalam sistem di negara kita,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu./~selangorku
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
30 minutes ago