.

Wednesday 15 May 2013

Senarai Nama-nama Menteri Malaysia 2013 Pilihan Datuk Seri Najib Razak? Pilihan Anda?

Nama-nama Menteri Malaysia 2013 : Kalau dahulu, walaupun Khairy Jamaluddin memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tetapi tiada jawatan menteri diberikan kepadanya berbanding Mukriz Tun Mahathir yang diberikan peluang sebagai Timbalan Menteri walaupun hanya bergelar Naik Ketua Pemuda. Mungkin ada sebab dibuat percaturan sebegitu rupa oleh Datuk Seri Najib Razak pada masa itu.

Dan menariknya, tekanan pada masa itu tidak sama seperti yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak bagi pemilihan nama-nama Menteri Malaysia 2013 selepas PRU13. Ini kerana kali ini, ramai yang mendesak supaya figura politik seperti Khairy Jamaluddin perlu ada dalam senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013 kali ini. Mesti ada. Termasuklah daripada hasrat kami sendiri daripada Berita Semasa yang mahukannya dalam senarai nama-nama Menteri malaysia 2013

Dan menjelang pengumuman senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013 sebentar lagi, sudah kedengaran nama-nama seperti di bawah bakal menggangotai senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013. Antaranya ialah :

Senarai Nama-nama Menteri Malaysia 2013 (Dijangka)

 

  • Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar : Menteri Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
  • Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin : Dapat jawatan menteri
  • Ahli Parlimen MCA : Jawatan Kementerian Pengangkutan & Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Datuk Seri Mustapa Mohamed : Menteri Kewangan II
  • Datuk Seri Idris Jusoh : Menteri Pelajaran
  • Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi : Kementerian Pelancongan
  • Datuk Seri Zahid Hamidi : Menteri Pertahanan
  • Datuk Seri Hishamuddin Hussein : Menteri Dalam Negeri (KDN)
  • Datuk Noriah Kasnon : Menteri Wanita & Pembangunan Masyarakat
  • Datuk Ahmad Maslan : Dijangka dapat menteri penuh
  • Dua ahli Parlimen MIC, presiden parti Datuk Seri G Palanivel & timbalannya Datuk Seri S Subramaniam akan turut dalam senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013
  • Datuk Seri Anifah Aman (Luar Negeri)
  • Datuk Seri Peter Chin Fai Kui (Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air), dan Douglas Unggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar).
Tarikh-Tarikh penting Pengumuman Senarai Nama-nama Menteri Malaysia 2013 :
  • Acara : Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Istana Negara
  • Masa : 12 tengah hari
  • Tarikh : 15 Mei 2013
  • Tujuan : Perkenan terhadap cadangan pelantikan senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013
Calon Menteri 2013Dalam banyak-banyak nama bagi senarai yang bocor dari “bilik perang BN” ini, Berita Semasa ada sedikit masalah dengan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Bagi kami pasti ada pemimpin yang lebih layak daripada beliau sendiri untuk memimpin satu kementerian yang cukup penting seperti ini.

Cukuplah selama beberapa tahun Kemnterian Dalam Negeri (KDN) di bawah kendalian beliau, berikan peluang kepada orang lain pula? Pilihan anda pula?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist