(Sidang media Pakatan Rakyat yang diadakan tengah malam tadi)
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifat kemenangan
Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah
kerana unsur-unsur penipuan.
Ekoran itu, Pakatan menolak keputusan PRU13 yang dimenangi BN.
Ketua
Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara tersebut pada sidang
media di sebuah hotel di Petaling Jaya sejurus selepas mengetahui
keputusan PRU13 awal pagi tadi.
"Banyak penipuan berlaku sejak awal pengundian iaitu ketika pengundian awal bagaimana penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal.
"Selain
itu juga kita lihat waktu pengundian semalam terdapat tangkapan
dilakukan terhadap pengundi hantu, ini jelas konpirasi pemberian kad
pengenalan yang diperkatakan sebelum ini," jelasnya.
Tambahnya, konpirasi penipuan ini perlu dijelaskan oleh SPR kerana terdapat bukti-bukti yang boleh mengesahkannya.
BN membentuk kerajaan kira-kira jam 12.45 pagi apabila melepasi kemenangan mudah 112 kerusi Parlimen.
Dalam pilihan raya ini, Pakatan mendapat 89 kerusi parlimen berbanding BN 133 kerusi.
-harakahdaily
Anggota polis ditemui mati tergantung
12 minutes ago