KOMENTAR: Menyorot keputusan pilhanraya Umum 2008
lalu, sejurus tamat PRU-12, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu
merupakan Naib Presiden Umno membuat kejutan apabila mengkritik
kegagalan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga menyebabkan
beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang.
Kritikan Muhyiddin juga ekoran dari keputusan PRU 12 yang mencatatkan
BN mencatatkan hanya memenangi 140 kerusi parlimen dan 307 kerusi Dun.
Refleksi dari kritikan Muhyiddin, beliau dianggap hero kerana berani
mengkritik presiden parti sehingga membawa kepada pengunduran
Abdullah.Manakala habuan yang lebih besar ialah beliau di lantik menjadi
Timbalan Presiden Umno sekali gus menjadi Timbalam Perdana Menteri.
Ramai antara penganalisa politik sedang menunggu apakah reaksi beliau berhubung keputusan PRU 13 yang baru berakhir.
Apakah Muyiddin akan menyusuli kritikan beliau terhadap Najib ekoran
prestasi yang di cacatkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
menjadi Pengerusi BN memperoleh keputusanlebih daif dari era Abdullah.
PRU 13 yang berakhir lalu BN memperoleh 133 kerusi parlimen iaitu
kurang tujuh kerusi dari zaman Pak Lah (Abdullah) iaitu 140 kerusi.
Begitu juga keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang merosot dari 307 kepada 275 kerusi iaitu susut 32 kerusi.
Lebih malang bagi Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor
apabila negeri Jugra tersebut PR memenangi 44 kerusi Dun berbanding 36
kerusi ketika Pak Lah menjadi pengerusi BN.
Angka tersebut menunjukkan pertambahan 10 kerusi PR selangor sekali
gus membolehkan PR Selangor memperoleh lebih dua pertiga (37 kerusi)
majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri.
Manakala BN hanya memperoleh 12 kerusi berbanding 20 kerusi pada 2008.
Ke manaa Peruntukan RM2.71 bilion Kepada Umno Selangor
Bagi rakyat Selangor setentunya tertanya-tanya ke poket siapakah wang
peruntukan yang di berikan Najib kepada Umno negeri berjumlah RM2.71
bilion pada November 2011 untuk menawan Selangor itu pergi.
Kenyataan
Pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menggesa
Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor amat
relevan dengan prestasi yang di tunjukkan Najib di Selangor.
Sabotaj Syabas berhubung kegagalan penyediakan air terawat ketika
tempoh berkempen baru-baru ini juga tidak mengena. Ini disebabkan
keberkesanan sumber maklumat dari PR Selangor berhubung realiti sebenar
krisis Air di negeri tersebut kepada rakyat.
Lebih malang lagi berikutan kekalahan Timbalan pengarah pilihanraya
dan kordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad tewas kepada
pengerusi Lajnah Guaman Pas Pusat, Mohamad Hanipa Maidin di Parlimen
Sepang.
PRU 13: 5.6 juta undi PR, BN cuma 5.3 juta
Media arus perdana cuba sedaya upaya untuk melindungi hakikat sebenar
berdasarkan jumlah pengundi yang memberi undi kepada PR dan BN semasa
PRU 13 lalu.
Berdasarkan analisa menunjukkan lebih 5.6 juta pengundi memberi undi kepada PR berbanding 5.3 juta kepada BN.
Namun berdasarkan kawasan yang di persempadankan, BN memperoleh
majoriti mudah 133 kerusi parlimen. Setentunya juga sumbangan besar undi
tersebut dari kawasan-kawasan parlimen di pedalaman Sarawak dan Sabah.
Ini juga menjadi hujah mengapa BN enggan memajukan sistem perhubungan
dan pembangunan di pedalaman Sabah dan Sarawak. BN lebih rela
membiarkan rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak untuk hidup terus
miskin kerana sogokan kebendaan ketika masa kempen akan membolehkan
kuasa BN diteruskan.
Mat Bangla dan Goncang dakwat
Isu pengundi hantu yang kebanyakan membabitkan mat Bangla juga tidak
harus di pinggirkan kerana sebahagian besar kemenangan BN adalah di
kawasan yang pengundinya kecil.
Berpuluh gambaran yang dimuat turun di laman maya menunjukkan isu tersebut bukanlah suatu polimik remeh yang enteng.
Barisan Guaman PR sedang mengumpul pelbagai bukti untuk membawa kes
ini di pengadilan. Menurut R.Sivarasa yang juga MP Subang, semua yang
terlibat termasuk Menteri Dalam Negeri dan SPR boleh di dakwa berhubung
tragedi pengkhianatan ini.
Begitu juga isu dakwat kekal yang tidak kekal yang turut di buktikan sebagaimana tersiar di laman maya tersebut.
Persoalan mengapa undi awal yang jatuh pada 30 April lau mengambil
masa sehingga lima hari. Tempoh lima hari tersebut akan menyebabkan dakwat tersebut tidak lagi kelihatan. Walhal SPR memaklumkan dahwat tersebut kekal dalam tempoh tujuh hari.
Maka tidak mustahil pihak anggota keselamatan dan mereka yang terlibat boleh mengundi buat kali kedua ketika hari membuang undi.
Apa pun keputusan PRU13 telah berakhir namun ketelusan SPR terus
dipertikai. Rakyat juga memahami Umno-BN sanggup memperkuda apa sahaja
untuk pastikan kemenangan. Apatah lagi SPR berada di bawah Jabatan
Perdana Menteri.
Seorang kawan memberi tahu … terimalah hakikat bahawa rakyat Malaysia
redha untuk membayar tol dan tak mau harga petrol di turunkan….
Anak-anak muda serta ibu bapa mereka juga berkemampuan untuk membayar
pijaman PTPTN setiap bulan… tunggulah masanya akan tiba sebagai mana
buah yang masak akan gugur dengan sendirinya./~selangorku
Remaja 16 tahun tembak ibu bapa, adik-beradik
28 minutes ago