KUALA LUMPUR: MCA tidak lagi layak mewakili kaum Cina
dan lebih baik tutup kedai sahaja apabila berkeras dengan sifat
merajuknya setelah kalah di dalam pilihan raya, kata Naib Presiden PAS,
Salahuddin Ayub.
"Tidak henti-henti kita terjumpa berita MCA merajuk kerana kalah pilihan raya," katanya.
Terbaru,
katanya, ialah berita 17 anggota MCA Bahagian Gelang Patah meletakkan
jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta
kononnya kerana menghormati resolusi parti mereka yang menetapkan tiada
wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan
raya umum baru-baru ini.
"Kalau begitu, Presiden MCA elok ajak
anak buahnya terokai perniagaan jual keranda kalau tak mahu terlibat
lagi dengan politik dan pentadbiran," kata Salahuddin Ayub.
Beliau juga menyifatkan parti itu berperangai seperti budak-budak yang merajuk dan mengugut apabila kalah bertanding.
"Kita
faham tindakan MCA itu ialah untuk menempelak pengundi-pengundi Cina
dan seperti mengherdik mereka bahawa mereka kini tidak ada lagi wakil
dalam kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini
kerana keengganan mereka mengundi BN," katanya.
Meskipun
demikian, beliau percaya masyarakat Cina tidak akan melayan ugutan
sedemikian kerana mereka sudah terlalu jelik terhadap BN.
"BN sudah menjadi jenama yang ditolak hampir seluruh masyarakat Cina kecuali beberapa kerat yang ada kepentingan.
"Apabila
jenama tersebut amat buruk di mata dan hati mereka, mereka tidak peduli
lagi malah tidak akan melayan sama sekali apa jua taktik merajuk dan
mengugut yang dicuba oleh MCA atau Gerakan," kata Salahuddin (gambar).
Beliau menyifatkan taktik merajuk yang dilakukan oleh MCA itu masih lagi dalam lingkungan permainan politik perkauman.
Ketika
parti-parti di dalam BN terus bermain politik perkauman, Salahuddin
yakin, majoriti masyarakat Cina dan semakin ramai rakyat yang lain sudah
mula merasai bahawa Pakatan Rakyat kian menjadi wadah perpaduan yang
ikhlas dan tulen.
"Pakatan sebagai wadah perpaduan rakyat bukan
hanya cakap kosong tak berasas tetapi semakin dirasai sendiri oleh
rakyat terutama mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang kita
anjurkan.
"Bagi mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan
itu, Pakatan kian terbukti dan benar-benar dirasai sebagai wadah
perpaduan yang ikhlas dan tulen bagi semua rakyat negara ini," kata
beliau.
Beliau juga yakin, hakikat bahawa Pakatan adalah wadah
perpaduan mereka yang ikhlas dan tulen akan semakin sebati dalam
pemikiran rakyat.
-harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-