Dakwat kekal: Sudah dua kali rakyat ditipu?
Kontroversi “dakwat kekal yang tidak kekal” yang berlaku semasa 
pengundian awal baru-baru ini telah menimbulkan sekali lagi persoalan 
tentang kredibiliti SPR serta ketelusan perjalanan pilihanraya di 
Malaysia.
Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di 
Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR 
telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari sebelum 
berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak 
kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.
Alasan yang diberikan pada masa itu adalah kerana terdapat 
parti-parti politik yang telah membeli dakwat kekal dari luar negara dan
 dijangka akan menyalahgunakannya untuk PRU12. Pada masa itu ramai yang 
tidak dapat menerima alasan tersebut namun terus memberi peluang kepada 
SPR.
Salah satu tuntutannya Bersih 2.0 adalah berkaitan penggunaan dakwat 
kekal. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Berhubung Penambahbaikan 
Pilihan Raya) yang telah ditubuhkan oleh Parlimen juga telah 
mengesyorkan agar dakwat kekal digunakan dalam PRU13. SPR telah 
bersetuju untuk melaksanakan syor tersebut.
Namun semasa pengundian awal diadakan baru-baru ini, ternyata dakwat 
yang digunakan itu tidak kekal. Malah dengan mudah dihilangkan dengan 
menggunakan sabun biasa. SPR memberi alasan bahawa botol dakwat kekal 
tersebut telah tidak digoncang sebelum menggunakannya, maka ia tidak 
dapat berfungsi dengan baik. Keesokan harinya SPR mengadakan demonstrasi
 kepada wartawan bagi membuktikan dakwat itu kekal dan kali ini terbukti
 ia memang kekal.
Pelbagai persoalan timbul dengan episod terkini berkaitan dakwat kekal ini. Antaranya adalah:
1.       Benarkah dakwat kekal tersebut perlu digoncang terlebih dahulu sebelum ia dapat berfungsi dengan baik?
2.       Adakah dakwat yang digunakan semasa pengundian awal sama 
dengan dakwat yang digunakan semasa sesi demonstrasi kepada pemberita?
Seorang pakar kimia dalam penjelasan beliau menghuraikan bahawa 
dakwat kekal tersebut, dengan kandungan kimianya, sebenarnya tidak perlu
 digoncang untuk ia berfungsi dengan baik. Penjelasan beliau itu kini 
tersebar luas di laman sosial. Sekali lagi kredibiliti SPR dipersoalkan.
Tujuan utama kenapa Bersih 2.0 dan orang ramai mendesak agar dakwat 
kekal digunakan adalah kerana mereka ingin membanteras kejadian di mana 
seorang pengundi boleh mengundi lebih daripada sekali. Ini adalah 
sebahagiannya berpunca daripada keraguan orang ramai terhadap kebersihan
 senarai pemilih serta maklumat tentang usaha mengeluarkan kad 
pengenalan palsu bagi membolehkan sesorang itu mengundi lebih daripada 
sekali.
Kejadian semasa pengundian awal tersebut telah menjadikan penggunaan 
dakwat kekal pada PRU13 ini sudah kurang bermakna. Ini adalah kerana 
tujuan utama penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian 
melebihi satu kali sudah tidak dapat dicapai sepenuhnya. Mereka yang 
mengundi awal masih berpeluang mengundi sekali lagi kerana dakwat yang 
dicalit ke tangan mereka tidak kekal.
Meskipun SPR mengatakan bahawa kanta pembesar akan disediakan di 
pusat mengundi namun ia amat diragui sama ada pegawai bertugas dapat 
mengesan dakwat di jari tersebut. Malah amat tidak praktikal bagi 
pegawai tersebut untuk memeriksa setiap jari pengundi menggunakan kanta 
pembesar bagi mengesahkan sama ada ia telah mengundi atau belum.
Semua peristiwa ini menimbulkan pertanyaan: adakah memang SPR serta 
Umno dan BN amat tidak senang dengan penggunaan dakwat kekal ini kerana 
memang telah dirancang agar sebahagian pengundi awal akan mengundi 
semula pada 5 Mei 2013?
Jumlah pengundi awal adalah hampir tiga ratus ribu orang. Jumlah ini 
adalah signifikan dan kritikal memandangkan banyak kawasan parlimen dan 
Dun dijangka akan dimenangi dengan majoriti yang tipis. Sekiranya 
sebahagian pengundi awal ini dapat mengundi semula pada 5 Mei nanti maka
 mereka dapat memberi kesan yang agak signifikan kepada PRU13.
Dalam sidang media Bersih 2.0 kelmarin juga dibangkitkan tentang 
peristiwa membawa pengundi dengan pesawat dari Sabah dan Sarawak yang 
sangat meragukan. Juga dipersoalkan sama ada peristiwa ini, bersama 
peristiwa penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal semasa pengundian 
awal tersebut akan menjadikan PRU13 satu PRU yang tidak akan menzahirkan
 keputusan rakyat yang sebenarnya.
Tentang dakwat kekal ini, rakyat akan bertanya, apakah mereka telah ditipu dua kali berturut-turut, dalam PRU12 dan PRU13.
Takut juga pemerintah dengan dakwat kekal ini!
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan aktivis Bersih 2.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 

 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
