(TG Nik Aziz solat Jumaat di Masjid Besi hari ini)
PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali
Masjid Besi Putrajaya bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar'
apabila jamaah solat Jumaat masjid itu merlihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz
di sana.
Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas selesai solat Jumaat.
TG
Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi
untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini.
Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini.
Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.
Malam
ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk
Husam Musa di Presint 3 iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan.
Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa./~harakahdaily
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
5 hours ago