KUALA LUMPUR, 15 April – Senarai calon MCA tidak lama lagi akan
“dihakimi oleh rakyat”, kata Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini, sebaik
sahaja disahkan digugurkan daripada bertanding dalam pilihan raya akan
datang.
Akan tetapi bekas presiden MCA mendiamkan diri tentang sama ada
beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Pandan sebagai calon bebas
untuk membantah keputusan partinya untuk meletakkan peguam berusia 39
tahun Garry Lim Chin Yee untuk melawan Rafizi Ramli dari PKR.
“Saya akan beritahu apabila tiba masanya. Senarai calon MCA akan
dihakimi oleh rakyat tidak lama lagi,” kata Ong dalam kenyataan
pendeknya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Ong yang tidak sebulu dengan penggantinya sebagai presiden MCA Datuk
Seri Dr Chua Soi Lek, merupakan ahli parlimen selama lima penggal bagi
kerusi parlimen Pandan, digugurkan petang ini dari senarai calon Barisan
Nasional (BN) selepas senarai akhir diserahkan kepada semua ketua parti
komponen.
Beliau menyertai dua lagi naib presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Gan Peng Sieu yang turut digugurkan sebagai calon.
Ong dan Ng kedua-duanya penyandang ahli parlimen Pandan dan Raub,
sementara Gan dilantik sebagai senator selepas kalah di kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Mengkibol di Johor.
Gan pernah dikatakan seiring dengan kumpulan Ong masa berlakunya
krisis dalaman MCA setelah pilihan raya 2008 yang menyaksikan perwakilan
parlimen MCA berkurangan lebih daripada separuh.
Dr. Chua menggantikan Ong sebagai presiden MCA pada 2010, tapi Ong
masih kekal popular di kalangan pengundi cina dengan jumlah sokongan
yang ketara di dalam BN.
Setelah digugurkan dari senarai calon untuk pilihan raya ke-13 oleh
Dr. Chua pada Februari lepas, Ong menegaskan beliau akan bertanding
sebagai calon BN di Pandan melawan pengarah strategi PKR Rafizi yang
dikenali ramai.
Ong pada masa itu juga tidak menjawab soalan sama ada dia akan pilih
untuk bertanding sebagai calon bebas sekiranya BN tidak setuju untuk
meletakkan beliau di Pandan.
Beliau juga tidak mengatakan sama ada beliau merasakan sebagai calon pilihan BN dan Najib bagi kerusi Pandan.
Kedua-duanya menurutnya pada ketika itu adalah spekulasi semata-mata sehingga kepimpinan BN membuat keputusan.
Difahamkan Ong disokong oleh pemimpin kanan Umno untuk mempertahankan
kerusi parlimen Pandan oleh kerana populariti peribadinya dikalangan
penduduk kawasan tersebut.
Pemerhati juga merasakan peluang BN untuk mempertahankan Pandan lebih
baik jika Ong sebagai calon terutamanya apabila berhadapan dengan
Rafizi dari PKR.
Rafizi, 35 mencipta namanya tahun lalu dengan beberapa siri
pendedahan seperti skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan
namanya membanjiri dada-dada akhbar.
MCA menang 15 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya 2008; tujuh daripadanya terletak di Johor.
Pakatan Rakyat (PR) walau bagaimanapun, masuk ke kubu kuat MCA dengan
meletakkan penasihat DAP Lim Kit Siang di kerusi parlimen Gelang Patah.
The Malaysian Insider melaporkan hari ini BN akan meletakkan menteri
besar kerajaan sementara Datuk Abdul Ghani Othman di Gelang Patah
selepas MCA menyerahkan kerusi kepada Umno.
Dr Chua yang dijangkakan akan berhadapan dengan Lim mengatakan Khamis
lepas beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya 5 Mei bagi
membuktikan beliau komited untuk bekerja bagi parti dan bukannya gilakan
kuasa.
PKR bertanding di Gelang Patah dalam dua pilihan raya umum lepas,
tetapi kalah dua kali kepada Ketua Wanita MCA Johor Tan Ah Eng.
Tan mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti
8,851 undi, lebih kecil daripada majoriti 31,666 undi pada 2004.
Pengundi Cina membentuk 54 peratus di kawasan tersebut manakala Melayu dan India masing-masing adalah 34 peratus dan 12 peratus./TMI
Inilah senarai calon MCA mewakili BN yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leong (KEADILAN) vs Chor Chee Heung (MCA)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN) vs Heng Saei Kie (MCA)
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP) vs David Chua Tiek Siang (MCA)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP) vs Gui Guat Lye (MCA)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP) vs Teh Beng Yeam (MCA)
P 051 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN) vs Tan Heap Seng (MCA)
P 064 - Ipoh Timur - Wong Kah Woh (DAP) vs Kat Wong Mei Yin (MCA)
P 065 - Ipoh Barat - M Kulasegaran (DAP) vs Cheng Wei Yee (MCA)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (DAP) vs Loo Thin Tuck (MCA)
P 070 - Kampar - Steven Lim (DAP) vs Lee Chee Leong (MCA)
P 071 - Gopeng - Lee Boon Chye (KEADILAN) vs Tan Chin Meng (MCA)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (KEADILAN) vs Kong Cho Ha (MCA)
P 077 - Tanjong Malim - Tan Yee Kew (KEADILAN) vs Ong Ka Chuan (MCA)
P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP) vs Hoh Khai Mun (MCA)
P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP) vs Liow Tiong Lai (MCA)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN) vs Donald Lim Siang Chai (MCA)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN) vs Garry Lim Chee Yee (MCA)
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP) vs Yap Pian Hon (MCA)
P 104 - Kelana Jaya - Wong Chen (KEADILAN) vs Loh Seng Kok (MCA)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN) vs Seah Kok Fah (MCA)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP) vs Chew Hoong Ling (MCA)
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP) vs Teh Kim Poo (MCA)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP) vs Franke Gan Joon Zin (MCA)
P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP) vs Nicloe Wong Siau Ting (MCA)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP) vs Teoh Chee Hooi (MCA)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN) vs Tan Kok Eng (MCA)
P 128 - Seremban - Teo Kok Seong (DAP) vs Yeo Chai Thiam (MCA)
P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP) vs Teo Eng Kian (MCA)
P 135 - Alor Gajah - Damian Yeo Shen Li (DAP) vs Koh Ngai Kwong (MCA)
P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP) vs Yee Kok Wah (MCA)
P 142 - Labis - S Ramakrishnan (DAP) vs Chua Tee Yong (MCA)
P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP) vs Chris Lee Chin Yong (MCA)
P 148 - Ayer Hitam - Hu Pang Chow (PAS) vs Wee Ka Siong (MCA)
P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP) vs Hou Kok Chung (MCA)
P 158 - Tebrau - Steven Choong Siew (KEADILAN) vs Khoo Soon Seang (MCA)
P 163 - Kulai - Yeo Tung Siong (DAP) vs Tay Chin Hein (MCA)
P 165 - Tanjong Piai - Mahdzir Ibrahim (DAP) vs Wong You Fong (MCA)
Nota : Huruf tebal = kerusi panas
Ini bermakna kerusi parlimen Gelang Patah tidak akan ditandingi MCA
sebaliknya Lim Kit Siang berhadapan dengan pemimpin Umno negeri / Jalan pulang
Tuesday, 16 April 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-