.

Thursday, 11 April 2013

RAMAI HAMPA PM BELUM UMUM SENARAI.. | MAKLUMAT BOCOR! : SENARAI CALON YANG DIGUGURKAN

KUALA LUMPUR : Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagaimana diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan hari ini.

Antiklimaks, begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan para pengundi pada 5 Mei nanti.
Bagi pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi.

"...belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Pilihan Raya Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan dengan teliti sebab BN hendak mengukuhkan peluangnya untuk menang pada PRU-13.

Seorang individu yang mengaku namanya antara yang disebut-sebut akan menjadi calon berkata beliau sangat berharap Perdana Menteri akan membuat pengumuman itu hari ini, namun akan tetap bersabar sehingga mendapat kepastian mengenai perkara itu.

Penulis dan rakan-rakan sekerja yang juga pengundi berharap Najib akan segera membuat pengumuman itu untuk mengetahui calon-calon BN di kawasan masing-masing kerana ia sekali gus dapat melenyapkan khabar angin yang bertiup kencang berhubung nama-nama yang akan menjadi calon di kawasan pilihan raya masing-masing.

Pada perjumpaan hari ini, Perdana Menteri menjelaskan kepada jentera pilihan raya BN bahawa penentuan kerusi dan calon parti itu adalah proses yang kompleks kerana pelbagai faktor perlu diambil kira.

BN, kata Najib tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu sambil meminta anggota BN memahami hakikat bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri. (Bernama)


Ini Dia Senarai Calon Umno Yang Gugur

Rupanya patutlah BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya hari ini menangguhkan pengumuman senarai calon Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihanraya umum tak lama lagi.

Dengan menjadikan alasan mahu memujuk beberapa pemimpin yang merajuk kerana digugurkan, sebenarnya ia hanyalah alasan dangkal kerana dikhabarkan keadaan agak kecoh apabila pemimpin yang mengetahui nama mereka tidak tersenarai mula merayu dan mahu berjumpa sendiri dengan Najib Altantuya.

Mengikut maklumat yang bocor, sumber ini mendedahkan lebih 25 calon Umno sendiri tergolong dalam salah satu dari tiga kategori iaitu:

a) Senarai calon yang digugurkan secara automatik

b) Senarai calon yang tidak dibenarkan bertanding; dan

c) Senarai calon kekal tiada dalam senarai tapisan pertama dan kedua

Mendahului senarai adalah BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed Yakcop diikuti oleh beberapa nama besar lain seperti BEKAS ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, BEKAS ahli parlimen Putrajaya, Adnan Mansor dan tidak ketinggalan, BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Kepala Batas.

Inilah senarai yang dikatakan bocor selepas mesyuarat tertutup antara pemimpin BN siang tadi di ibu pejabat parti itu Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN:

1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor)
2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok)
3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding)
4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang)
5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas)
6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut)
7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah)
8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang)
9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar)
10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang)
11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan)
12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara)
13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang)
14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau)
15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin)
16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol)
17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas)
18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu)
19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang)
20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar)
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar)
22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya)
23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)

SENARAI CALON TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN:

1. Reezal Merican Naina Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas)
2. Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling)

KEKAL TIADA DALAM SENARAI:

1. Abdul Rahim Tamby Chik (Pengerusi GABEM)
2. Mohd Isa Samad (Pengerusi FELDA)
3. Radzi Sheikh Ahmad (BEKAS ahli parlimen Kangar)
4. Syed Hamid Albar (BEKAS ahli parlimen Kota Tinggi)

Menurut sumber blogger pro-Umno ini juga, ada beberapa nama lain yang tidak tersenarai pada awalnya kemudian dicalonkan semula bagi memperkuatkan kedudukan BN antaranya:

1. Khairy Jamaluddin (BEKAS ahli parlimen Rembau)
2. Zainal Abidin Osman (BEKAS calon parlimen Nibong Tebal)
3. Shaziman Abu Mansor (BEKAS ahli parlimen Tampin)

Setakat maklumat ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan dari ibu pejabat Umno bagaimanapun senarai ini belum muktamad kerana Najib Altantuya masih belum berpuas hati dengan senarai terbaru yang ditapis hari ini.

Besar kemungkinan lebih banyak BEKAS penyandang yang bakal gugur akan memprotes keputusan Najib Altantuya yang menyebabkan dia kini dalam dilema.

JALAN PULANG

6 comments:

  1. Ini mcm mau merajuk 24 hari.....

    ReplyDelete
  2. Kalau puak2 BN ni tidak tamak kuasa tidak jadi masalah kepada PM Najib mengemukakan nama2 calun tapi mejoroti puak2 ni tamak dan mahukan tempat dalam BN yg ini lah menjadi masalah besar. Mereka berebut kuasa kalau dapqt jadi YB boleh buat duit sebanyak yg mungkin walaupun hanya sepenggal jadi YB.Tak yah nak rebut2 lah komfom BN kalah dalam PRU kali ini PR akan tadbir Malaysia selepas ini. Menang jadi pembangkang buat apa puak BN bukan tau nak buat kerja pembangkang sebab dah 55 tahun jadi pemerentah dan memerentah mana boleh kena perentah no standerd lah.

    ReplyDelete
  3. Aisey brader..tak da faham ini politik ka..itu kalah praya takda hal punya...tp bila lu jd calon, itu wang jatuh dr langit atas kapla..klau tahu mau klah...itu wang lu kasi simpan la..boleh guna anak branak lpas pru nnti maaa..

    ReplyDelete
  4. berebut bukan nak jaga rakyat...tapi berebut dok ingat nanti boleh songlap duit...spesis ikan pedukang...sapu je tak kisahlah haram ke tidak..janji kenyang....

    ReplyDelete
  5. Jgn dok mengata org tambah dosa. Cermin diri anda dulu. Jgn kata BN tamak yg sebelah sana lagi teruk. Sekurangnya di bawah BN hidup rakyat aman damai. Sebelah sana asyik nak demonstrasi je nyusahkan hidup semua orang. Calon sana bukan bersih sangat. Tengok sejarah hidup calon tut.... lebih dahsyat tak takut 7 dosa besar yg dilaknat Allah. Dijauhkan dapat pemimpin yang melanggar perintah dan hukum Allah. Sedarlah....

    ReplyDelete
  6. he..he ayat fitnah lagi

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist