(Mohamad Sabu berucap di Lenggong)
LENGGONG: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu 
menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kemungkinan akan dijalankan
 pada awal bulan Mei.
Menurutnya, ini bertujuan untuk Umno memainkan isu Tragedi 13 Mei kepada rakyat khususnya orang Melayu.
"Saya
 jangkakan pilihanraya akan diadakan pada awal bulan Mei ini bertujuan 
untuk membangkitkan isu Tragedi 13 Mei," katanya ketika berucap pada 
Ijtima' Pilihanraya PAS Perak yang diadakan di Kg Luat, Lenggong.
Beliau menjelaskan, jika dilihat ketika ini, pelbagai sepanduk dan papan tanda tentang keamanan dan kestabilan negara.
"Sepanjang
 lebuhraya Johor hingga Perlis, kita boleh lihat pelbagai jenis sepanduk
 tentang keamanaan, kestabilan, kacau bilau dan huru hara.
"Kini papan-papan tanda itu diletakkan diseluruh negara," jelasnya lagi.
Justeru
 itu, beliau menggesa semua jentera meyakinkan kepada rakyat bahawa 
kacau bilau dan huru-hara tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat 
mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Jelas beliau,tanggapan tersebut hendaklah ditangkis supaya ianya tidak mempengaruhi masyarakat.
"BN akan menanam tanggapan itu dalam pemikiran seluruh rakyat dinegara ini hingga hari mengundi," katanya.
Mengulas
 lanjut, beliau menjelaskan, Dato' Seri Najib dalam ucapan pembubaran 
parlimen turut menjamin perubahan kuasa akan berlaku dalam keadaan 
tenteram.
Ketua Polis Negara juga katanya telah mengatakan 
pihaknya akan menjalankan amanah dengan profesional jika negara 
diterajui oleh kepimpinan yang baru.
"Jadi rakyat tidak perlu risau tentang itu, negara akan aman sekiranya pemerintahan bertukar," jelas Mohamad Sabu.?~harakahdaily
Dr Mahathir calon perdana menteri sekali lagi?
2 hours ago



