PAS Terengganu bakal meletakkan seorang calon wanita untuk bertanding di
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13
(PRU13), setelah kali terakhir menampilkan calon
muslimah pada pilihan raya umum 1959.
Pesuruhjaya
PAS negeri Abdul Wahid Endut berkata parti memutuskan meletakkan
seorang calon wanita pada PRU kali ini bagi memastikan golongan hawa di
negeri ini diwakili di peringkat DUN.
"Calon wanita ini orang
tempatan dan ada latar belakang yang menyakinkan," katanya pada sidang
media di Pejabat Perhubungan PAS negeri di Kuala Terengganu hari ini.
Abdul Wahid bagaimanapun masih merahsiakan DUN mana yang bakal diwakili calon muslimah tunggal itu.
Pada pilihan raya umum 1959, PAS Terengganu meletakkan Khadijah Mohd Sidek di kerusi Parlimen Dungun.
Khadijah
mengalahkan Wan Salleh Abdul Kadir mewakili Front Sosialis dan Mohamed
Adib Omar daripada Parti Perikatan, dan merupakan anggota Parlimen
wanita pertama PAS dan wakil rakyat wanita pertama bagi Terengganu.
Mengenai
pembahagian kerusi parlimen di kalangan pakatan pembangkang di
Terengganu, Abdul Wahid berkata persetujuan telah dicapai iaitu PAS akan
bertanding di tujuh kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) di satu
kerusi.
Katanya 40 peratus daripada calon pakatan pembangkang
yang akan bertanding di 32 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen di
Terengganu pada PRU13 terdiri golongan profesional muda.
Dalam
pada itu, Abdul Wahid berkata PAS negeri dijangka mengumumkan senarai
calonnya untuk bertanding dalam PRU13 pada Khamis depan di Rusila,
Marang.
Katanya pengumuman rasmi itu kemungkinan besar dibuat pada sebelah malam bersama-sama PKR.
Namun
begitu katanya keputusan untuk mengumumkan senarai calon itu juga
bergantung kepada tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi yang akan
ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pada PRU12, PAS menang lapan daripada 32 DUN yang dipertandingkan di Terengganu.
-Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-