Peristiwa berdarah di Lahad Datu menjadi ujian kebijaksanaan kerajaan
 dan kesetiaan seluruh rakyat terhadap negara. Walau pun berbeza kaum, 
agama dan fahaman politik, namun tugas mempertahankan negara apabila 
diceroboh dan keselamatannya diganggu gugat adalah kewajipan bersama 
mengikut agama, adat  dan akal yang waras. Maka Parti Islam Se-Malaysia 
(PAS) dan seluruh ahlinya mendoakan Allah melimpahkan rahmat kepada 
anggota keselamatan yang terkorban dan dimasukkan ke dalam kalangan para
 syuhada, sekurang-kurangnya syahid akhirat dan disembuhkan mereka yang 
tercedera, serta dikembalikan keamanan dan keselamatan negara.
Walau bagaimana pun muhasabah wajib dilakukan terhadap kerajaan yang 
diamanahkan menjaga keselamatan negara. Dalam hal ini pihak tentera dan 
polis tidak boleh dipersalahkan, kerana banyak asas dari sudut politik 
yang kukuh menunjukan bahawa peristiwa seperti itu tidak sepatutnya 
berlaku. Pasukan keselamatan juga tidak sepatutnya menjadi mangsa korban
 musuh yang tercipta dengan sebab kecuaian politik mereka yang memimpin 
negara sejak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu.
Persoalan asas yang kita ingin tanya ialah: “Mengapa asas keharmonian
 yang sedia ada di daerah itu tidak dijaga dan dibina dengan baik?”
Hakikatnya ialah, kedudukan serantau, kejiranan, serumpun, sekelurga 
 dan  seagama cuma dipisahkan oleh sempadan geografi dua negara. 
Malaysia mempunyai hubungan kejiranan dengan Filipina, dan sama-sama 
menjadi anggota Asean sejak penubuhannya pada 8 Ogos 1967 lagi.
Orang-orang Suluk, atau grup etnik Tausug pula mempunyai hubungan 
keluarga, agama dan budaya  yang sama dengan sebahagian besar penduduk 
keturunan Sulu di Sabah yang sukar dipisahkan. Hubungan rapat ini 
menjadikan aktiviti keluar masuk antara rakyat kedua-dua negara berada 
pada kedudukan yang paling sukar untuk dikawal secara keras oleh pasukan
 keselamatan yang bertugas.
Tragedi ini berlaku kerana  pihak politik yang berkuasa tidak 
menyelesaikan akar-usul masalah ini secara bijaksanaan sehingga 
berlakulah kemalangan yang sangat menyayat hati itu. Di samping 
kemarahan membara terhadap penceroboh yang tidak beretika, namun sifat 
kemanusiaan tetap berada dalam setiap orang yang berperasaan.
Muhasabah wajib dilakukan dengan meneliti dan memahami kerana beberapa perkara. Pertama,
 pemisahan secara sempadan negara yang berbeza dimulakan oleh penjajah 
asing terhadap rantau ini. Mereka sengaja meninggalkan bom jangka 
selepas mereka meninggalkan tanah jajahan dengan niat jahat, setelah 
mereka melaksanakan agenda pecah dan perintah di zaman penjajahan 
dahulu. Bukan sahaja pembahagian  rantau ini di antara penjajah 
Inggeris, Belanda dan Sepanyol dan selepasnya Amerika juga mengambil 
tempat di Filipina secara khusus.
Kedua, perjanjian juga dibuat oleh penjajah ini secara menipu sultan-sultan dan raja-raja yang dilemah dan dihilangkan kedaulatannya.
Ketiga, setelah masing-masing mencapai kemerdekaan 
dengan negara yang berbeza dan mempunyai kedaulatannya, mengapa segala 
syarat perjanjian yang sudah lapuk di zaman penjajah yang sudah pulang 
ke negeri masing-masing, dengan pihak yang sudah diletakkan dalam 
lipatan sejarah masih lagi wujud? Mengapakah pihak kerajaan dalam negara
 kita ini masih menghidupkan lagi perjanjian seperti ini?
Keempat, negara Malaysia dan Filipina pula yang 
terlibat secara langsung dalam perjanjian damai yang memberi kuasa 
autonomi kepada bangsa Moro di Mindanao. Mengapa  terlepas pandang 
terhadap wilayah  dan kepulauan yang lain bersamanya, sehingga 
penyelesaiannya tidak lengkap dan masalahnya tidak selesai?
Perkembangan pendidikan, ekonomi dan sosial terbiar dan terus 
terbiar, kerana kerajaan Umno BN lebih menumpukan kepentingan politik 
mengejar kerusi mendapat takhta dan harta semata-mata, tanpa perhatian 
terhadap pendidikan, ekonomi dan sosial di kawasan berkenaan. Rakyat 
miskin terus di rumah dalam air sejak turun temurun, hanya segelintir di
 daratan dengan  kemudahan yang terhad tanpa penyelesaian. Semua 
kecuaian tanpa cakna ini boleh menempah kesan negatif dalam kehidupan 
dan boleh mencetuskan ketegangan berbagai kaum. Semua perkara ini perlu 
dimuhasabah dengan adil dan ikhlas walaupun tercalar diri sendiri.
Tindakan ketenteraan mempertahankan kedaulatan negara, langkah 
menjaga keselamatan rakyat wajib dilaksanakan dengan berhemat, dalam 
masa yang sama jalinan hubungan tersebut di atas wajib diperbetulkan. 
Jangan ikut contoh buruk yang pernah dilakukan oleh penjajah semasa 
darurat dahulu, penyelesaiannya secara mengepung dan memaksa semata-mata
 tanpa pendekatan yang lain. Perlu difahami bahawa perasaan manusia 
tidak boleh dikepung dan dikongkong sepanjang masa, walau pun jasadnya 
dikepung dan dikongkong secara paksaan.
Peristiwa 13 Mei 1969 wajar menjadi iktibar apabila ianya ditangani 
sendiri oleh pemimpin di masa itu. Ditubuhkan Jawatankuasa Muhibbah 
melibatkan kerajaan dan seluruh pemimpin masyarakat, agama dan kaum yang
 berpengaruh tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan politik. Seterusnya
 ditangani secara politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. 
Konfrantasi dengan Indonesia juga dapat ditamatkan dengan pendekatan 
ini, walau pun ada yang terkoban dan cedera, akhirnya berakhir dengan 
damai tanpa dendam.
Janganlah pihak kerajaan Umno BN terus menerus berdegil tidak mengaku
 kesilapan atau mahu menangguk di air keruh, kerana kedua-duanya akan 
menenggelamkan kita semua, atau laksana Pakistan yang melahirkan 
Bangladesh./~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 

 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
