KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan
manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah
menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.
Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.
Rakyat,
terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN
menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak
kelihatan sama.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.
Ia
termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar
minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya
di Sabah dan Sarawak.
Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.
Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.
“Semua
janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika
membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan
Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor
Blomberg.
Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.
Menurut
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini
menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa
memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.
“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.
"Tersiratnya
ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh
dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.
Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.
Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.
LAPORAN BERKAITAN
Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan
BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara
-Sumber
Terkejut dituduh hamil anak jin
33 minutes ago