JOHOR 17 APRIL: Tindakan meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman di
Parlimen Gelang Patah dipercayai usaha untuk menamatkan karier
politiknya, kata Timbalan Pengerusi KEADILAN, Dr Faidhi Saidi.
Calon Parlimen Pasir Gudang itu berkata, kedudukan Ghani Othman di
Parlimen Gelang Patah tidak terjamin kerana terpaksa mengharapkan undi
Melayu semata-mata.
“Melihat situasi politik semasa, undi kaum Cina kepada Pakatan pasti bertambah berbanding PRU 12.
“Malah, lawan Ghani ialah Lim Kit Siang yang bukan calang-calang orang. Beliau tokoh politik terkenal,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ghani tidak dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom yang
diwakilinya empat penggal, sebaliknya ‘dipaksa’ untuk berdepan Kit
Siang.
Parlimen itu terdiri dari DUN Skudai dan Nusajaya dengan 78,676
pengundi berdaftar iaitu kaum Cina kumpulan terbesar iaitu 54.06
peratus, diikuti Melayu (33.54 peratus) dan India (12.22 peratus).
Bagaimanapun, Faidhi berkata, Ghani juga tidak selamat jika kekal
bertanding di DUN Serom ekoran kegagalannya menyelesaikan masalah tanah.
“Dulu janji selesaikan isu tanah setinggan dan penduduk kampung yang
belum ada geran terutama di selatan Johor tapi sudah berbelas tahun,
belum selesai.
“Jadi ada penolakan dari akar umbi. Kalau tanding DUN pun, belum tentu menang,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50554
Remaja 16 tahun tembak ibu bapa, adik-beradik
14 minutes ago