Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau kecewa
dengan “penghinaan” yang ditunjukkan apabila parti itu tidak meletakkan
pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam
pilihan raya umum akan datang.
Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan
sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, katanya seperti
dipetik dalam laporan Sinar Harian.
Kamilia berkata,
beliau menjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen
Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya.
Beliau
beranggapan demikian memandangkan ketua sayap berkenaan Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil tidak lagi mahu diletakkan sebagai claon.
Kamilia juga berkata, ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor dan Terengganu juga tidak diletakkan sebagai calon.
Senarai yang diumumkan BN juga tidak menamakan ketua Wanita Umno Selangor sebagai calon.
“Jika
permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana
perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa.
“Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuang di tempat lain.
“Pintu
ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau buat
sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya
tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya./~malaysiakini
Ditikam jiran kerana bunyi bising motosikal lewat malam
4 minutes ago