.

Wednesday 13 March 2013

Tentera laut Filipina tahan dua bot militan Sulu bersenjata

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia sedang membuat rondaan di Tanjung Labian, berhampiran tempat di mana lebih 100 orang lelaki bersenjata berkampung di Lahad Datu, Sabah. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 13 Mac — Unit peronda Tentera Laut Filipina awal hari ini telah memintas pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III dalam dua bot di perairan Tawi-Tawi.

Menurut laporan media Filipina www.philstar.com, jurucakap tentera laut mereka, Lt. Commander Gregory Fabic berkata, bot yang membawa 35 pengikut sultan itu di kawasan berhampiran bandar Andoligan sekitar jam 6.30 pagi tadi.

Turut dirampas daripada bot yang dinaiki mereka adalah beberapa unit senjata api dan bahan letupan.
Dalam penahanan itu, terdapat seorang wanita dalam bot berkenaan.

Fabic berkata, mereka masih menyiasat sama ada pengikut sultan Sulu itu mahu memasuki Sabah, lokasi di mana militan yang mendakwa sebagai “Tentera kesultanan Sulu” berkubu sejak sebulan lalu yang turut mengakibatkan pertempuran berdarah antara militan Filipina itu dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Sejak pertempuran antara pasukan Malaysia dan kumpulan bersenjata bermula pada 1 Mac, sejumlah 67 orang telah terbunuh, termasuk 56 militan Filipina, lapan anggota polis Malaysia, dua tentera Malaysia dan seorang remaja, yang masih belum dikenalpasti kewarganegaraannya /~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist