Satu lagi penceroboh yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan
pasukan keselamatan di Lahad Datu pagi ini telah ditembak mati, kata
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Katanya, pada kira-kira jam 6 pagi ini, salah seorang daripada penceroboh cuba untuk melepaskan diri daripada di Tanjung Batu.
Bercakap
dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence, Ismail berkata
berlaku tembak menembak dan pasukan keselamatan berjaya menembaknya
(sekitar jam 8 pagi).
Dengan ini, sejumlah 34 musuh telah terbunuh sejak awal serangan habis-habisan Ops Daulat dilancarkan di zon merah pada 5 Mac.
Ini menjadi jumlah musuh yang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu ialah 53 orang./~M'kini
Polis buru 3 suspek lelaki ragut 2 wanita
6 hours ago