LAHAD
DATU : Ditawan kemudian di penggal kepala merupakan antara kekejaman
yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan
negara.
Bukan itu sahaja,
seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya
menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan
dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan
wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan
sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua
biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang
lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat
apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya
dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.
Perbuatan
yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda
tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat
dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik
darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu
terhadap anggota keselamatan.
Dalam
pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini
mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69,
mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.
"Apabila
tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh.
Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam
penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.
"Polis
menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira
kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam
oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.
Dalam
serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar,
Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz
Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua
mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa
serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan
sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu,
pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila
berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum
menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain
di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham
Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46,
yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi
meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala./~sabahkini.net
no2ajal · 629 weeks ago
murad · 629 weeks ago
bond · 629 weeks ago
pokamid · 629 weeks ago
Yer · 629 weeks ago
pokamid · 629 weeks ago
zalan · 629 weeks ago
2. Kalau bertugas demi agama dan negara, insyaallah. Kalau demi RM dan umeno, tak pastilah pula.
3. Jika diarahkan oleh pemerintah negara, untuk kebaikan, insyaallah dapatlah syahid. Cuba google
rosmah · 629 weeks ago
romanjati@ymail.com · 627 weeks ago
mie · 629 weeks ago
ipohmali · 629 weeks ago
cerry · 629 weeks ago
hadi · 627 weeks ago
sudin · 629 weeks ago
jejaka otai · 629 weeks ago
otai sabah · 629 weeks ago
etuza · 629 weeks ago
matkarenji · 629 weeks ago
BekasPejuangNegara · 629 weeks ago
Orang mati berjuang, supaya cai PR terus menyalak sana sini. Rugi... sangat rugi...
otai · 629 weeks ago
kaede · 629 weeks ago
lihat perihal sebenarnya kat sini: http://www.tabrakan.info/2012/05/tersangka-pemerk...
shmi 115p · 629 weeks ago
Anonymous · 629 weeks ago
Lain kali rajin google bukan bc n percaya terus..
putra borneo · 628 weeks ago