LAHAD DATU - Sepasang suami isteri terpaksa meredah hutan dan kegelapan
malam sambil mendukung dua anak kecil ketika lari menyelamatkan diri
daripada serangan militan yang menceroboh kampung mereka di Tanjung
Labian, di sini 1 Mac lepas.
Malah, keluarga berkenaan tersesat lebih dua jam dalam ladang kelapa
sawit di gugusan Felda Sabahat itu, sebelum tiba di rumah kenalannya di
Kampung Lok Buani, kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka.
Malangnya belum sempat melepaskan lelah di rumah kawannya itu, Mohd
Asri Aliudin dan keluarga sekali lagi terpaksa meredah kegelapan malam
melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit apabila mereka mendengar
bunyi tembakan kira-kira tengah malam.
Menceritakan kembali detik paling menakutkan bagi beliau dan keluarga,
Mohd Asri, 33, berkata ketika itu beliau hanya fikir untuk lari dan
menyelamatkan keluarganya.
"Kami pasti mati jika tidak lari. Saya dukung anak perempuan saya
berusia dua dan empat tahun dan lari bersama ke dalam ladang
sawit...kadang-kadang kami terjatuh ketika mengharungi laluan berbukit
kawasan ladang.
"Saya tutup mulut anak kecil saya yang menangis ketika kami berlari
dalam ladang kerana khuatir tangisannya boleh dikesan pengganas,"
katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata kumpulan militan dari selatan Filipina itu menyerang
kampung mereka kira-kira pukul 10 pagi dengan melepaskan tembakan ke
udara dan ekoran itu ramai penduduk kampung menjerit "lari, lari, orang
Sulu datang".
"Kami dikejutkan dengan bunyi letupan dan tembakan. Dari jauh saya
nampak beberapa manusia berpakaian serba hitam berjalan sambil
melepaskan tembakan ke udara. Saya juga nampak kepulan asap," katanya.
Mohd Asri berkata panik dengan suasana itu, beliau bersama keluarga
melarikan diri ke dalam hutan dan hanya sempat membawa dokumen
peribadi.
Selepas lebih empat jam di dalam hutan sawit, keluarga itu tiba di
rumah rakan mereka di Lok Buani dan Mohd Asri hanya tiba di rumah
mentuanya di penempatan peneroka Felda Sahabat, Fajar Harapan, kira-kira
tujuh kilometer dari Lok Buani pada pukul 5 pagi.
"Penat kami pagi tadi belum hilang, kami kena lari lagi sambil bersembunyi.
Ia seolah-olah tiada penghujungnya kekejaman pengganas ini.
"Tiba di rumah bapa mentua, saya sudah letih dan tidak berupaya untuk
lari lagi...saya hanya mampu mendoakan tuhan memberi perlindungan kepada
kami dan pengganas tidak datang ke penempatan bapa mentua," katanya.
Kini, selepas 21 hari kejadian itu, Mohd Asri masih berlindung di rumah
mentuanya sambil mengenang masa depan yang tidak pasti kerana beliau
kini hilang punca rezeki.
Mohd Asri yang masih geram dan marah dengan tindakan pengganas dari
selatan Filipina itu, berkata beliau kerugian hasil sawit kira-kira
RM2,400 bagi empat kali mengait buah sawit dalam sebulan dan mungkin
kehilangan ternakannya iaitu empat ekor lembu dan enam kambing.
"Saya dengar ada orang cakap beberapa buah rumah dibakar di kawasan
rumah kami dan ternakan kami diambil oleh pengganas. Kalau benar ia
berlaku maka banyak saya rugi kerana lembu RM3,00 seekor, kambing RM600
seekor, tidak termasuk rumah terbakar," katanya.
Beliau yang belum dibenar memasuki kampungnya kerana operasi
pembersihan masih dijalankan, adalah antara 30 penduduk Kampung Tanjung
Labian, yang beratur mengambil bantuan makanan berupa sekampit beras dan
pelbagai keperluan asas lain
yang diagih Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-