.

Saturday, 9 March 2013

Kesultanan Sulu dakwa Azimuddie masih hidup

KUALA LUMPUR: Anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram mendakwa Azimuddie Kiram, yang mengetui kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah, yang juga adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III masih selamat.

Portal Philippine Inquirer melaporkan Jacel membuat kenyataan itu dalam satu temubual di radio dzBB.

Jacel juga dilaporkan berkata, hubungan mereka kini sangat terhad ekoran bimbang komunikasi mereka boleh membenarkan pihak berkuasa Malaysia mengesan di mana beradanya Azimuddie.

Tetapi Jacel berkata bahawa kali terakhir mereka bercakap pada Khamis, Azimuddie dan orang-orangnya adalah selamat.

Sementara itu di Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini juga mengesahkan jeneral penceroboh bersenjata yang terbunuh semalam bukan Azimuddie Kiram, yang mengetui kumpulan penceroboh itu.

"Dia bukan (Azimuddie), Dia (mayat) salah seorang pemimpin mereka," kata Ismail dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence pagi ini.

Ismail berkata, pasukan keselamatan membuat kesimpulan bahawa lelaki itu adalah salah seorang daripada pemimpin mereka, berdasarkan kepada pakaiannya, tetapi masih dalam proses mengesahkan identiti sebenarnya./~harakahdaily

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
nampaknya dia ada kesempatan untuk meneruskan generasi..harap lah Allah kurniakan dia akal yg beriman..buat apa nak bermusuh, tiada apa yg kekal di dunia kenapa nak sangat pangkat kedudukan. Kan saudara dia dah jadi Sultan tu..

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist