MANILA - Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya
yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun
pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa
mereka menyerah diri.
Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu
dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III
kira-kira jam 5 pagi semalam.
"Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara
perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di
Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau
dalam mesejnya.
Semalam kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina merayu dan
memberi amaran agar menyerah diri susulan insiden kelmarin.
Mereka berkubu sejak 9 Februari lalu./~Sinar Harian
Banjir besar 5 negara ragut ratusan nyawa
1 minute ago